Seri Perdana |
Seri Perdana adalah kediaman
rasmi pemimpin tertinggi Kerajaan Malaysia iaitu Kediaman Rasmi Perdana Menteri
Malaysia. Ianya merupakan lambang dan maruah Negara bagi semua acara rasmi
Perdana Menteri Malaysia bagi menyambut tetamu kehormat dari luar Negara.
Malahan di dalam Seri Perdana mempamirkan sebanyak mungkin budaya Melayu dan
adat resam Melayu termasuklah kebudayaan kepelbagaian bangsa di dalam Negara
Malaysia sebagai tatapan tetamu kehormat Negara.
Kejatuhan kerajaan Barisan
Nasional pada PRU14 telah secara rasminya menukar pucuk pimpinan utama Negara.
Perdana Menteri baru yang menerajui Negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad bakal
mendiami Seri Perdana bagi menyambung tugas dari bekas Perdana Menteri Dato
Seri Najib Razak. Dengan kata lain kediaman Utama Negara tersebut hendak
dikosongkan untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri baru.
Menurut sumber yang dirahsiakan,
bermula secara rasminya kekalahan kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 iaitu
pada 10hb May 2018 mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak tidak
dibenarkan untuk kembali ke Seri Perdana bagi tujuan mengambil barangan
peribadi beliau dan keluarga sehinggalah ke hari ini.
Kerajaan baru seharusnya bersikap
lebih bertolaransi dan beradab sebagaimana peralihan kuasa dan pucuk pimpinan
seperti Negara-negara lain. Negara kita telah melalui enam peralihan kuasa dari
Perdana Menteri lama ke Perdana Menteri baru. Sebelum-sebelum ini, ianya
berlansung dengan penuh tertib, beradab, saling menghormati. Tetapi malangnya
kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Perdana Menteri baru telah “terlupa” sama sekali akan adab-adab
itu. Peralihan kuasa Presiden Amerika Syarikat dari Obama kepada Trump sendiri
berlansung dengan penuh hormat. Tetapi malangnya kita orang timur yang penuh
dengan adat resam telah menjadi seperti Negara tidak berdaulat.
Gambar hiasan Kelambu Kaabah |
Sumber yang sama memaklumkan
kepada Geliga Naga, terdapat
barang-barang milik peribadi mantan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Razak
dan keluarga yang masih tersimpan di dalam Seri Perdana. Selain barangan
peribadi, terdapat juga hadiah-hadiah yang di terima oleh Dato Seri Najib Razak
sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu dari pembesar-pembesar luar Negara.
Antara barangan peribadi adalah pinggan mangkuk yang dibeli sendiri oleh Dato
Seri Najib di Sri Langka dan barangan lain.
Karpet Sulam Tangan Gengis Khan Gambar Hiasan |
Antara barangan peribadi milik
anak-anak beliau adalah karpet sulam tangan Gangis Khan, hadiah perkahwinan dan barangan lain.
Manakala barangan bernilai bagi Dato Seri Najib Razak adalah kain Kaabah yang
diberikan oleh Raja Salman kepada beliau serta barangan lain.
Sumber memaklumkan Seri Perdana
merupakan premis larangan terhadap Dato Seri Najib dan keluarga. Arahan
tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan semestinya arahan itu
datangnya dari Perdana Menteri ke 7 Negara Malaysia. Dato Seri Najib secara
peribadinya telah membuat permohonan rasmi untuk mengambil barangan milik
peribadinya dari Seri Perdana tetapi permohonan tersebut di tolak sama sekali.
Apa sebenarnya yang telah berlaku. Kerajaan Pakatan Harapan mewar-warkan bahawa
mereka bersikap professional demi penambahbaikan Negara tetapi sikap mereka
sendiri lansung tidak membuktikan perkara tersebut. Apa salahnya Dato Seri
Najib dan ahli keluarganya memperolehi semula barangan peribadinya? Kenapa
tidak diberi tempoh masa untuk membuat pemindahan barangan milik peribadi
sebagaimana yang lazimnya di lakukan oleh semua pihak?
Motif apakah yang cuba di pamirkan oleh kerajaan
Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir terhadap Dato Seri Najib
dan keluarga? Apakah ianya bersifat dendam? Bersifat kebencian? Atau memang ada
niat untuk memusnahkan dan menghapuskan “legacy Tun Razak”?
Di khabarkan bahawa Seri Perdana
tidak didiami pun oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Ianya dibiarkan di
dalam keadaan tidak terjaga. Sumber memaklumkan, berlakunya “samun dan rompak” di dalam Seri
Perdana. Banyak barang yang hilang akibat perbuatan jenayah yang berlaku tanpa
disedari oleh pihak berkuasa dan Dato Seri Najib sendiri. Siapa saspek yang
terlibat? Geliga Naga menyerahkan
kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ekoran pendedahan yang di buat.
Jika susah sangat untuk mengenal pasti saspek yang terlibat, tangkap lah semua
pengawal keselamatan yang menjaga Seri Perdana dan tukang kebun yang ada. Pasti
akan terbongkar perbuatan siapa yang melakukan “samun dan rompak” di dalam Seri
Perdana.
Akhir sekali Geliga Naga
perpendapat, kerajaaan Pakatan Harapan haruslah bertindak secara
berperikemanusiaan terhadap Dato Seri Najib dan keluarga. Hak mereka adalah hak
mereka dan hak kerajaan adalah hak kerajaan.
No comments:
Post a Comment