Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri
Anwar Ibrahim (DSAI) telah mendapat pengampunan DiRaja daripada Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk kesalahan meliwat pada 16 Mei 2018.
Difahamkan DSAI sedang berada di Turkey untuk mendapatkan
rawatan perubatan tetapi beliau singgah di Jakarta dulu sebelum ke Turkey
kononnya untuk berjumpa dengan bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri.
Bekas presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri |
Tidak dapat dinafikan yang perjumpaan dengan Megawati memang
benar berlangsung selama lebih kurang dua jam tetapi apakah pula aktiviti DSAI
selepas itu? Ataupun perjumpaan dengan bekas presiden Indonesia itu hanya
alasan DSAI untuk menjalankan aktviti lain?
Persoalan sekarang ialah adakah DSAI telah membuang tabiat lama beliau dan telah insaf?
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, selepas
perjumpaan dengan Megawati, DSAI telah berkunjung ke sebuah kelab hiburan yang
paling popular dan terkenal di Ibu Kota Indonesia.
Kenapa agaknya DSAI
berkunjung ke kelab hiburan tersebut?
Hasil dari selidikan GELIGA
NAGA berkenaan kelab tersebut, pusat
hiburan itu terkenal dengan aktiviti-aktiviti maksiat dan popular dikalangan
pengamal seks hetroseksual dan homoseksual. Jadi, persoalanya sekarang, apakah
tujuan DSAI berkunjung ke kelab tersebut?
Sumber yang sama juga telah memberitahu yang DSAI telah
melangani seorang ‘toy boy’. menurut sumber tersebut, kegiatan yang tidak bermoral ini telah pun dihidu oleh beberapa pemimpin di Indonesia. Kesahihan dan setakat mana kebenaran maklumat ini
tidak dapat dipastikan. Walau bagaimanpun, jika ianya benar, adakah DSAI tidak
takut dengan akibat yang akan melanda jika berita beliau mengunjung kelab ini
diketahui umum lebih-lebih lagi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Gambar sekadar hiasan. |
DSAI memang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri
Malaysia tetapi jika tabiat yang keji ini diulangi, tidakah ia akan memjejaskan
cita-cita beliau? Tidakah Tun Mahathir akan mengunakan isu ini sebagai senjata
utama untuk menghalang DSAI untuk menjadi perdana menteri? Malah Tun Mahathir akan mengunakan isu ini supaya DSAI tidak mendapat apa-apa jawatan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang baru ini.
Seperti yang diketahui umum, Tun Mahathir pernah mengunakan
isu liwat untuk menjatuhkan DSAI pada tahun 1998 semasa beliau menyandang
jawatan timbalan perdana menteri. Kali kedua pula ialah pada tahun 2006 semasa DSAI menjadi ketua pembangkang.
Adakah DSAI
ingin perkara yang sama untuk berulang untuk kali ketiga?
Harap DSAI segera bertaubat dengan tidak mengulangi tabiat
yang keji dan hina ini supaya beliau dapat kejar cita-cita beliau.
No comments:
Post a Comment