Followers

Tuesday 7 August 2018

RAJA PETRA KAMARUDIN BERTANGGUNG JAWAB MEMBAWA IRI (INTERNATIONAL REPUBLICAN INSTITUTE) KE MALAYSIA PADA TAHUN 2000 UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL


Baru-baru ini telah tersebar dengan meluas sebuah video berdurasi 2.26 minit mengenai sebuah forum yang di adakan oleh Centre for Strategic and International Studies (CSIS) di Amerika Syarikat. Di dalam video tersebut seorang individu yang dikenali sebagai Daniel Twinning telah memperkenal diri beliau sebagai ahli International Republic Institute (IRI). 

Daniel Twinning - IRI
Daniel Twinning telah secara terbuka membuat pengakuan bahawa IRI telah pun bekerjasama dengan pihak pembangkang- PAKATAN  (pihak kerajaan masa kini) sejak tahun 2002 untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Daniel Twinning juga mengaku telah bertemu dengan beberapa individu pemimpin pembangkang pada masa itu untuk bekerjasama termasuklah menyalurkan dana serta berkongsi strategi untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. 


Laporan Polis Reggy Jessy
Selama 15 tahun pada 2018 pembangkang yang disebut di atas telah berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 lalu. Ekoran dari sebaran video tersebut satu laporan Polis telah di buat oleh sebuah NGO Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku diterajui oleh penulis blog The Third Force - Reggy Jessy pada 7hb Ogos 2018. Reggy Jessy berpendapat pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia hendaklah menjalankan siasatan kerana pendedahan di dalam video tersebut adalah suatu pengakuan yang boleh diterima pakai dari sudut perundangan. Manakala individu yang dinyatakan oleh Daniel Twinning merupakan “pengkhianat Negara” dan harus dikenal pasti serta di ambil tindakan berpandukan peruntukkan undang-undang Negara serta Perlembagaan Persekutuan bagi kesalahan cubaan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan kuasa asing secara tidak sah. 



Raja Petra Kamarudin
Geliga Naga mengesahkan bahawa Raja Petra Kamarudin merupakan individu yang bertanggung jawab ke Washington, Amerika Syarikat pada tahun 2000 dan beliaulah yang membawa masuk IRI ke Negara Malaysia bagi tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Raja Petra Kamarudin telah membawa dua orang ahli IRI ke Malaysia pada ketika itu. Satu perjumpaan telah berlaku di antara dua ahli IRI tersebut dengan Mustafa Ali di Terengganu, bagi membincangkan perkara yang sama.  






RPK ditahan dibawah ISA
Raja Petra Kamarudin kemudiannya telah di tahan oleh pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia pada April 2001 dibawah tindakan perundangan ISA selama 60 hari.  Di dalam tempoh 60 hari beliau di tahan, pihak Cawangan Khas PDRM telah mensyaki Raja Petra Kamarudin adalah agent kepada CIA dan sebanyak 200 helai dokumen soal siasat telah ditandatangani oleh Raja Petra Kamarudin mengesahkan penglibatan IRI di dalam usaha kerjasama bersama pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Maka dengan dokumen-dokumen yang direkodkan seperti di atas adalah relaven untuk pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan bersabit laporan Polis yang dibuat oleh Reggy Jessy. Pihak PDRM haruslah bertindak secara professional berlandaskan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur politik semasa di dalam menjalankan tugas dan menguatkuasakan undang-undang demi keutuhan integrity PDRM. Geliga Naga berpendapat PDRM haruslah mengesan dan mengenal pasti individu-individu yang bekerjsama dengan IRI untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan harus dibawa ke muka pengadilan.

Dato Seri Najib Razak

Malahan Dato Seri Najib Razak sendiri telah mengeluarkan kenyataan media menggesa pihak berkuasa PDRM untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan di atas pendedahan video tersebut – “ Najib calls for inquiry into between Pakatan and IRI” The Star online 7hb Ogos 2018. Kredibiliti pembangkang ketika itu dan menjadi kerajaan ketika ini amatlah dikhuatiri.



TAKTIK MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT OLEH TUN DR MAHATHIR PERDANA MENTERI KE-7


Manifesto 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan merupakan kayu pengukur di dalam pengambil alihan kerajaan. Itulah janji-janji yang ditaburkan oleh pemimpin Pakatan Harapan di dalam semua ceramah sebelum PRU14. Manifesto Pakatan Harapan lebih menunjukkan janji populariti berbanding realiti perlaksanaannya. Ia terbukti sukar untuk di laksanakan. Sebagaimana maklum kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk memansuhkan TOL sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini bahawa sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya, keesokkan harinya TOL akan dimansuhkan. Bukan setakat itu sahaja, janji untuk menghapuskan hutang para peneroka FELDA juga gagal di laksanakan. Banyak lagi yang gagal dilaksanakan. Manakala pihak kerajaan Pakatan Harapan pula memberikan pelbagai alasan bagi melindungi kegagalan mereka menunaikan janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan. 



Tun Dr Mahathir perlu mencari jalan untuk mengalihkan perhatian rakyat di atas kegagalan untuk menunaikan janji Manisfesto 100 Hari Pakatan Harapan yang akan genap pada 18hb Ogos 2018. Bukan sahaja janji Manifesto Pakatan Harapan sahaja gagal, malah keadaan ekonomi yang meruncing turut menjadi faktor untuk Dr Mahathir mencari jalan keluar mengalihkan perhatian rakyat.

TAMBAHAN PERTUDUHAN KE ATAS NAJIB RAZAK


Pada 8hb Ogos 2018 Najib dijangka akan menghadapi tiga lagi pertuduhan tambahan berkait dengan kesalahan AMLA. Pertuduhan akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pertuduhan ini dibuat atas sebab bagi “membuktikan” kata-kata ucapan Tun Dr Mahathir bahawa Najib Razak adalah “penyamun wang rakyat” seperti mana isi kandungan ucapannya di dalam siri-siri ceramah Pakatan Harapan sebelum PRU14. Tidak dapat dinafikan bahawa pihak SPRM bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara berganding bahu untuk membuktikan kata-kata Dr Mahathir, walaupun pengakhiran kes ini masih lagi samar-samar. Jadi ini adalah salah satu dari cara untuk mengalihkan perhatian rakyat dari bangun menentang kerajaan Pakatan Harapan yang gagal menunaikan janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan serta kegagalan menjaga kepentingan kebajikan rakyat. 

MEMBAWA BALIK KAPAL MEWAH – EQUANIMITY  KE MALAYSIA BUKAN MILIK JHO LO


Kapal mewah yang dinamakan sebagai Equanimity ini telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia pada Mac 2018 di Perairan Bali Indonesia atas permintaan DoJ. Walau bagaimanapun ianya telah di lepaskan oleh pihak berkuasa / Mahkamah tempatan Indonesia atas beberapa sebab berkait dengan kesilapan proses sitaan kapal tersebut oleh pihak berkuasa Indonesia. Terkini kapal mewah tersebut telah diserahkan oleh Indonesia kepada Malaysia melalui permintaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir kepada President Indonesia Jokowi baru-baru ini. Kapal mewah ini telahpun di bawa balik ke Pelabuhan Klang pada 8hb Ogos 2018. Persoalannya hingga kini masih belum dapat dibuktikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia bahawa adalah sah kapal mewah ini dibeli melalui wang milik 1MDB. Sedangkan sebelum ini kapal mewah Equanimty disahkan milik jutawan fesyen yang berasal dari China bernama Do Won Chang dan bukannya milik Jho Lo seperti mana yang laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri http://asas2020.blogspot.com/2018/03/sah-equanimity-bukan-milik-jho-lo-mana.html?m=1 . Adakah pihak yang menjalankan siasatan berkaitan kontroversi 1MDB telah pun mempunyai bukti yang sah berpandukan peruntukkan undang-undang Negara Malaysia bahawa kapal mewah Equanimity dibeli dengan menggunakan wang 1MDB? Bagaimana pula dengan perundangan merentasi sempadan yang melibatkan siasatan yang dijalankan oleh pihak-pihak lain? Juga permohonan-permohonan bantahan yang dikemukakan oleh pihak yang berkepentingan dengan kapal mewah tersebut di Mahkamah California, sedangkan ianya masih belum mempunyai sebarang keputusan mahkamah? Ianya disimpulkan sebagai tujuan memperkukuhkan persepsi negatif rakyat terhadap Najib Razak. Selain dari itu ianya juga akan berjaya mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir urus Negara.




Monday 6 August 2018

PULUHAN RIBU BANGSA MELAYU AKAN MUFLIS DALAM TEMPOH 6 BULAN



Melihat kepada perkembangan semasa melalui arus pemerintahan kerajaan baru iaitu Kerajaan Pakatan Harapan, kebajikan rakyat nampaknya bukanlah menjadi keutamaan. Keutamaan mereka adalah mencari kesalahan dan menunding jari kepada pihak lain. Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan mereka mentadbir urus Negara ini dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Mereka terbukti gagal untuk memenuhi janji 100 Hari Manifesto Pakatan Harapan yang akan tamat tempoh 100 hari pada 18hb Ogos 2018 ini.


Kemelut ekonomi berlansung secara berterusan. Puluhan billion Ringgit di bawa keluar oleh para pelabur akibat ketidakyakinan terhadap pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad mentadbir urus ekonomi Negara. Kegagalan di dalam memperbaharui rundingan perniagaan dengan China menerusi agen kerajaan iaitu Tun Daim menambahkan lagi kekalutan ekonomi.

Terkini bangsa Melayu pula akan menjadi mangsa seterusnya. Puluhan ribu bangsa Melayu akan di isytihar muflis dalam tempoh enam bulan dari sekarang. Kenapa? Geliga Naga di maklumkan bahawa ratusan ribu pekerja bertaraf kontrak yang bertugas di Jabatan Kerajaan, GLC Kerajaan telahpun ditamatkan kontrak. Dengan kata lain mangsa-mangsa ini diberhentikan kerja. Tindakan memberhentikan kerja bukan setakat pekerja bertaraf kontrak sahaja tetapi ianya juga melibatkan semua jawatan lantikan politik termasuklah Duta-duta Malaysia di luar Negara.

Kumpulan-kumpulan yang disebutkan di atas ada membuat pinjaman kewangan dari institusi perbankkan melalui pinjaman kenderaan, kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan sebagainya. Bagaimana mereka mampu untuk membuat bayaran semula sedangkan mereka kini tidak mempunyai pendapatan ekoran penamatan kontrak pekerjaan. Maknanya mereka akan menghadapi tindakan mahkamah menerusi bank-bank berkenaan dan akhirnya mereka akan diisytiharkan muflis.

Selain dari mangsa-mangsa di atas, para petani yang membuat pinjaman menerusi institusi kewangan turut menghadapi risiko yang sama. Mereka membuat pinjaman untuk menjalankan pertanian tanaman semula sawit, ladang durian, program pertanian burung walit dan program-program pertanian yang lain, yang melibatkan pinjaman kewangan. Kesemua modul pertanian yang disebutkan di atas kini tidak mempunyai nilai pasaran. Oleh yang demikian pembayaran pinjaman gagal dibuat. Di jangkakan kumpulan ini akan menghadapi tindakan mahkamah ekoran dari kegagalan pembayaran ansuran pinjaman pada Disember 2018 atau Januari 2019. Maka bertambahlah jumlah bangsa Melayu yang akan diisytihar muflis. 

Kesemua golongan yang disebutkan di atas adalah bangsa Melayu. Jika kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir peka dan prihatin pastinya semua ini tidak berlaku. Bangsa Melayu menjadi mangsa sekali lagi. Bukan setakat ditipu di dalam janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan tetapi keadaannya lebih parah dengan penambahan jumlah individu yang akan di isytiharkan muflis pada akhir 2018 atau awal 2019. Soalnya apakah “harapan” yang boleh diharapkan oleh rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan terutamanya menentukan masa depan bangsa Melayu di Negara ini.



Friday 27 July 2018

Surat Terbuka Dato Mat Zain Bin Ibrahim DEDAH SEGALA-GALANYA




On 8th October 2010, Mat Zain bin Ibrahim wrote a 20-page open letter that blows the lid on many issues. You have to read this letter to believe it. The contents puts to rest any doubts you may have on what Malaysia Today has revealed over these last six years. It also fingers the AG and recently retired IGP. This revelation is astounding by any standards and in any other country this would be enough to force the government to resign.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

SURAT TERBUKA

Kepada,
Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,
43 Persiaran Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
email: kalsomt@gmail.com                Melalui  Pos & Email

YBhg Datin,

THE SHAFEE YAHAYA STORY – Estate Boy To ACA Chief.
Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas (selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.

2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes “Mata-Lebam” satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam Buku Tersebut).

3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.

3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).

PELANCARAN BUKU TERSEBUT.
4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan  berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.

SURAT TERBUKA INI.
5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang “Estate Boy to ACA Chief”. Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal “What happened to the probe on Dr. Mahathir?”. Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; ”And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)” Surah Al Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.
Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk “Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula” yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.

6.1. Secara kebetulan  dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.

Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.
7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970. Perintah dibawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Mohd. Zaki bin Mat Yasin.

7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan dimana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tandatangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.

7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.

7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee dirumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut dibawah tajuk “The aftermath”) (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa “simple dan humble serta peramahnya” Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung kerumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukkan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.

7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah “on a one to one basis”. Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatitkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan sabjek dalam persoalan.

“Rampasan” Kertas Siasatan BPR.
7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;

7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj.Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktibiti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

7.6.2. Kertas Siastan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE dimana RM100,000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.

7.7. Untuk makluman Datin, penelitian keatas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catitan atau arahan bertulis, yang menjurus kearah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, sepertimana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes “mata-lebam” (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).

7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis “merampas” kertas siasatan BPR.

“Jikalau kail panjang sejengkal”.
7.9. Saya percaya Datin bolih menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, “on a one to one basis” dalam suasana yang lebih “tense” lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah “self-inflicted”. Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang “disyakki” melakukannnya oleh kerana siasatan masih diperingkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan “self-inflicted” pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang “transpired” dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan. Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun  telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada dihadapan Pegawai perakam tersebut).

Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah “Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi”. Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatitkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan. Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggung jawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.

7.10. Untuk faedah Datin,saya perturunkan  sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;
“Ketua Bahagian Pendakwaan,
Jabatan Peguam Negara,
Bangunan Bank Rakyat,
Kuala Lumpur.
………….

Para 5: RUMUSAN.
Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-

5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catitan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.

5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini,percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai “evidential value” oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan “hearsay”sahaja.

5.3.Semakan serta penelitian keatas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catitan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus kearah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosidur pengedaran yang sewajarnya.

5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakkan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk “hearsay” atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik.Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan diatas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.
Salam sejahtera dan terima kasih. 

Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.

(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen,
Kuala Lumpur.”

Kenyataan tidak benar  oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan keatas Tun Mahathir.

7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;

The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)
“Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case.”

In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,

“The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations”

7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.

7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).

7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.

7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka “flood-gates” untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah “undermine” penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes “mata-lebam”, yang bukan sahaja mereka telah “undermine” siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.

Cadangan kepada Dato Shafee.
7.16. Walaubagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.

7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di-Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus “tepuk dada tanya seleranya sendiri”. Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya sepertimana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.
Tiada campurtangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.
8. Untuk faedah Datin juga,saya boleh mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.

INSIDEN MATA-LEBAM.
9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, sepertimana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagipun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah “mendedahkan” sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.

Laporan DSAI pada 1.7.2008.
10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.
10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudianya SPRM) .Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di-Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat “rampasan” dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggung-jawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, sepertimana juga saya lakukan ketika membuat “rampasan” dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan diatas.

10.2. Apa yang boleh saya katakan disini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh “mengaitkan” sesaorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh “mensabitkan” kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.

10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama. Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diistiharkan bersih (“cleared”) dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak “dibersihkan” sekali dengan mereka berdua.

10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.

10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan:MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli Ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, sepertimana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.

10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan perlantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukkan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri. Oleh hal yang demikian perlantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengistiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.

10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu perlantikkan Panel Bebas ini.

10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM  dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa perlantikkan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.

10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana diakhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg.Tun seperti diperturunkan;..

“Para 48.
Saya percaya Y.A.Bhg.Tun,serta Yang Berbahgia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan intergriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini.Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.
Yang benar,

t.t.bertarikh:15 April 2009.

(Mat Zain bin Ibrahim)”

10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat “pengistiharan” yang berbunyi antaranya;

“Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;

a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.

b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;…….”
10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI. Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan “complications” dikemudian hari. Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.

Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.
11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.

12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.

12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka. Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.

13. Memandangkan keadaan terbaru ini,mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya diperenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.  

14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan dibawah;

“Para 32.
Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masaalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini.Saya sedar siapa saya dan kedudukkan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku keatas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan. Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara,Timbalan Ketua Polis Negara,Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN. Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri didalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.

Para 33.
Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia kearah kecermelangan dan kegemilangan serta dihurmati sepertimana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.

Wassalam.

Bth:6 Mei 2010.

PENUTUP
15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negative. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.

16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tandatangan saya, akan dikirim pos.

17. Sekali lagi saya menyusun sepuloh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hurmat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.
Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; “And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Shawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.

Wassalam.
Yang Benar,

t.t
(MAT ZAIN BIN IBRAHIM)
8 hb Oktober 2010.

TAN SRI ZETI LOBI PROJEK - TIADA KESALAHAN KAH?



Semasa saya bertugas sebagai Pegawai Khas kepada YB Menteri Kewangan II (MKII), saya mengiringi beliau ke Istanbul, Turki pada bulan Oktober 2009 untuk mesyuarat tahunan Bank Dunia.
Adalah juga lazim bagi Gabenor Bank Negara juga ke mesyuarat tersebut. Semasa itu, Gabenor Bank Negara adalah Tan Sri Zeti.

Semasa saya di sana, saya dapat panggilan dari pegawai Khas TS Zeti, menjemput MKII makan malam di suatu restoran mewah di Istanbul. Sebagai pegawai khas, saya juga turut di jemput. Sungguh, kami terkejut menerima jemputan tersebut.

Layanan mesra, senyuman dan gelak ketawa TS Zeti pada malam itu sebagai hos memang terpuji.
Tidak lama kemudian, TS Zeti membuat temujanji dengan YBMKII. Antara perkara yang beliau bangkitkan di pertemuan itu adalah melobi untuk suatu projek bagi pihak sebuah syarikat di mana suami dan anaknya ada kepentingan.

YBMKII kurang senang dengan permintaan TS Zeti dan menangguhkan jawapan beliau.
Susulan dari itu, sewaktu tempuh Parlimen bersidang, saya berada di lobi Dewan Rakyat. Pegawai Khas TS Zeti datang kepada saya dan membisik, “Governor nak jumpa. She is at staircase (Dewan Rakyat).”

Saya pun ke sana dan TS Zeti berdiri di situ menunggu.

Lebih kurang, di dalam bahasa Inggeris, beliau memberitahu saya dengan nada tegas bercampur marah bahawa jika projek berkenaan tidak di beri, beliau mengugut akan meletak jawatan dan berhijrah ke luar negara. “I do not need to be here, you know”, katanya.

Saya maklumkan kepada YBMKII kata-kata TS Zeti. Respons Menteri, “Letak jawatan lerr. Apa teman peduli?”.

Hampir setahun berlalu, saya bertanya YBMKII, “Macam mana projek Gabenor tu, sir?”
“Dia nak semua. Kita bagi setengah.”

Jangan sangka salji putih tidak berlumpur…
And yes, I am very well aware that there exists Akta Berita Palsu. Thank you.
Sumber:

…………
Rujukan:

GOVERNOR ZETI AZIZ’S FAMILY OFFSHORE ACCOUNTS EXPOSED



Wednesday 18 July 2018

AKIBAT DENDAM, RAKYAT MERANA – BENARKAH ?


Kesultanan Melayu Melaka


Hubungan Negara Malaysia dengan China telah sekian lama terjalin. Ianya bermula dari zaman Kesultanan Melaka lagi. Perhubungan ini begitu erat melalui perdagangan dua hinggalah Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah (1456-1477). 

Lawatan Tun Razak ke China 1971
Pada 1971 hubungan Malaysia-China telah di perbaharui dengan lawatan rasmi oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak dan menandakan dasar pintu terbuka China kepada Negara lain. Kerjasama ini ditambah eratkan melalui usaha yang dijalankan oleh Dato Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri ke-6. Hubungan erat ini lebih merujuk kepada pembangunan ekonomi dengan kerjasama kedua-dua pihak. Najib telah berjaya membawa balik perjanjian ekonomi dengan China yang bernilai raturan billion Ringgat pada Januari 2017.

Malang tidak berbau, kerajaan Barisan Nasional telah tumbang di dalam PRU14, sekali gus memusnahkan segala usaha yang dijalankan demi kepentingan ekonomi Negara termasuklah usaha menambahkan pendapatan Negara dan rakyat.


Geliga Naga baru-baru dimaklumkan bahawa ekoran dari kekangan persetujuan dan ketidak sefahaman di antara kerajaan Pakatan Harapan dengan China, maka Negara China telah menghentikan import terhadap keluaran Negara Malaysia iaitu Durian, Sarang Burung dan Minyak Sawit. Adakah benar maklumat ini?



Pemantauan yang dibuat oleh Geliga Naga mendapati terdapat lambakan di merata tempat, buah durian. Ianya dijual dengan harga yang sangat murah. Musang King dijual dengan harga RM10/1kg manakala Udang Merah RM18/1kg. Apabila lanjutan siasatan, mendapati hasil pengeluaran durian ini sepatutnya di eksport ke China tetapi kali ini China tidak lagi mahu mengimport buah durian dari Negara kita. Apakah sebenarnya yang berlaku. Bagaimana kah usaha baru para petani yang mengambil keputusan mengubah hala tuju tanaman kepada tanaman durian yang akan mengeluarkan hasil dalam tempoh 2 hingga 3 tahun dari sekarang? Siapakah yang mengalami kerugian besar ekoran “percakaran politik” yang sedang berlaku? Tidak dapat dinafikan bahawa Dato Seri Najib lah yang membuka laluan perniagaan durian untuk di eksport ke Negara China. Mungkin masa telah berlalu, mangsanya adalah rakyat.

Geliga Naga juga dimaklumkan bahawa China kini enggan lagi mengimport sarang burung dari Malaysia. Sebelum ini China pernah pada satu tempoh yang hampir 3 tahun menghentikan import sarang burung dari Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Ketika itu kerajaan Barisan Nasional menerima rungutan dari para pengusaha burung walit agar membantu dan membuka jalan semula agar China terus membuat pembelian sarang burung dari Malaysia. Manakala ketika itu China dibekalkan sarang burung dari Thailand. Atas sebab di atas Dato Seri Najib telah mengadakan lawatan ke China pada awal 2017 dan membuat perbincangan semula berkenaan eksport sarang burung Malaysia ke China. Hasilnya China menerima semula keluaran Negara iaitu sarang burung untuk di eksport ke China. Tetapi kini semuanya telah hancur, China kembali dengan keputusannya iaitu tidak mengimport sarang burung dari Malaysia selepas Pakatan Harapan mengambil alih kepimpinan Negara. Apakah yang akan berlaku kepada pengusaha burung walit yang telah pun membuat pinjaman wang dari institusi perbankkan? Bagaimana mereka mahu membuat pembayaran semula pinjaman? Bagi pengusaha yang tiada pinjaman, ke manakah pasaran sarang burung akan di tujukan? Kesimpulannya adalah, semuanya punah belaka.

Industri sawit pula sejak 10 hingga 15 tahun lalu mempunyai pelbagai cabaran. Harga turun naik adalah lumrah pengusaha sawit. Ianya berpunca dari permintaan yang tidak stabil dari seluruh dunia ekoran berita-berita palsu yang memburukkan minyak sawit oleh Australia dan Kesatuan Eropah. Melalui perjanjian perniagaan dan pembangunan ekonomi dua hala antara Malaysia dan China pada 2017 yang diusahakan oleh Dato Seri Najib, China telah membuat persetujuan untuk membuat pembelian minyak sawit bagi tempoh selama 30 tahun. Ia sudah tentu memberikan jaminan kepada industry sawit selama 30 tahun terutama demi menjaga kepentingan para petani dan peneroka FELDA. Sayangnya kini semua telah musnah. Harga sawit telah menjunam. Stok lebih melimpah ruah.


Apakah yang sedang dihadapi sebenarnya oleh rakyat Negara ini selepas peralihan kuasa kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan.



Tuesday 17 July 2018

Perlantikkan Waytha sebagai Menteri di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional – adakah ianya wajar?


Ketua Persatuan Hindraf P Waythamoorthy telah mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial di Istana Negara, di ibu negara, pada hari Selesa, 17 Julai.

Beliau sebelum itu mengangkat sumpah sebagai seorang senator, bersama tujuh orang lain, di Dewan Negara.

Tetapi hari kedua persidangan Parlimen mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa apabila memuat naik foto majlis angkat sumpah senator menerusi laman Twitter miliknya.

Namun, foto berkenaan menimbulkan persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri.
Tweet Ali Hamsa yang menimbulkan persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri.

Selepas netizen berteka-teki dan memberi komen, akhirnya pegawai media KSN tampil mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung perkara itu.

Terjawab persoalan netizen apabila disahkan individu tersebut adalah tetamu kepada Waytha yang dilantik sebagai senator dan hadir untuk menyaksikan majlis angkat sumpah.

Ia sekaligus menghapuskan tanggapan netizen yang menyangka ia merupakan entiti misteri yang secara tidak sengaja dirakam menerusi foto berkenaan.
'Kelibat misteri' (kiri) yang menimbulkan persoalan netizen bersama Waytha 
Netizen tidak dapat disalahkan atas pra-sangka ini kerana terdapat ‘Decorum dan Protokol’ yang sepatutnya dipatuhi jika hendak hadir ke Parlimen.

Malah, pakaian dan tampilan kemas adalah salah satunya protocol yang harus dipatuhi untuk hadir ke Parlimen.

Bagaimana ianya terlepas pandang daripada pihak keselamatan dan pengurusan Parlimen?

Adakah ‘Decorum dan Protokol’ tidak lagi di praktikkan oleh kerajaan Pakatan Harapan? Atau, ianya disengajakan? Lebih-lebih lagi lelaki misteri ini ialah tetamu kepada Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Bukankah Waytha harus peka dengan Perlembangan Berparlimen?

Siapakah Waytha ini sebenarnya? Mari kita lihat sedikit latar belakang beliau.

Nama Waytha tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia secara umum kerana beliau merupakan salah seorang  daripada 6 orang peguam yang bertanggungjawab menganjurkan  demonstrasi secara besar-besaran pada 25 November, 2007 dimana berpuluhan ribu kaum India turun merusuh ke jalanraya menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pemerintah pada masa itu, iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Rusuhan Hindraf pada 25 November, 2007

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Ahmad Abdullah Badawi.

Selepas demonstrasi tersebut 5 orang peguam telah ditangkap di bawah akta ISA termasuk abang beliau P. Uthayakumar pada 13 Disember, 2007.

Waytha bagaimanapun sempat melarikan diri ke London dan mendapat perlindungan politik atau ‘Political Asylum’ dari kerajaan British.

Hindraf diistyiharkan sebagai pertubuhan haram di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) oleh Menteri dalam Negeri pada masa itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga ianya diharamkan.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

Pertubuhan tersebut yang di pimpin oleh Waytha, telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

Semasa berada di London, Waytha juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka.

Kegiatan dan aktiviti Waytha telah memberi kesan buruk pada imej Negara.

Waytha yang kemudiannya kembali ke Malaysia pada 1 ogos, 2012 mengambil pendirian untuk beralih angin dengan menyokong BN pada PRU13 pimpinan Dato Seri Najib Razak.

Setelah BN menang PRU 13, Najib telah melantik beliau sebagai senator dan memberinya jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tetapi, selepas Sembilan bulan, Waytha meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri pada 10 February, 2014 dan menuduh Najib kononnya beliau tidak berhasrat untuk membantu menaik taraf kehidupan kaum India di Malaysia.

Tuduhan ini memang tidak berasas kerana fakta membuktikan Najib islah satu-satunya perdana menteri yang banyak membantu kaum India.

Selepas perletakan jawatan, Waytha mula menyuarakan isu-isu membabitkan perkauman.

Antaranya ialah isu pendakwah bebas Islam Dr Zakir Naik.
Pendakwah bebas Dr Zakir Naik
Malah, Waytha yang mengetuai 18 yang lain untuk memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi pendakwah tersebut.

Tindakkan Waytha jelas menunjukkan beliau mencabar penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam malah, agama rasmi Malaysia juga adalah agama islam.

Tidakkah tindakan ini akan menggugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama?

Bukan itu saja, Waytha juga telah mewakili beberapa kes penukaran agama (murtad) tetapi semuanya telah gagal.

Berbalik kepada perlantikkan beliau yang dicadang Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah rancangan Mahathir sebenarnya?

Tidakkah Mahathir sebagai seorang yang berpengalaman harus tahu dan faham dengan keadaan semasa serta kehendak rakyat yang majoritinya yang beragama Islam?

Harap Mahathir sedar dengan apa yang sedang berlaku sekarang.