Followers

Tuesday 17 July 2018

AKAUN BANK NAJIB TELAH DICAIRKAN




Pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman) telah menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib berkaitan dengan salah laku 1MDB. Ianya bermula sebaik sahaja Barisan Nasional kalah di dalam  PRU14 baru-baru ini.

Ekoran dari siasatan yang dijalankan Geliga Naga dimaklumkan bahawa akaun bank milik Dato Seri Najib telah dibekukan termasuk juga akaun gaji beliau sebagai Perdana Menteri. https://www.amenoworld.org/2018/07/akaun-bank-dibekukan-ini-luahan-sedih.html  Kemuncak tekanan undang-undang terhadap beliau adalah selepas Dato Seri Najib di tuduh di Mahkamah, di atas kesalahan berkaitan dengan SRC. Mahkamah telah membenarkan tertuduh (Dato Seri Najib) dijamin dengan nilai jaminan sebanyak RM 1 juta. Manakala di dalam proses jaminan, mahkamah benarkan pembayaran jaminan sebanyak RM500,000.00 pada 4hb Julai 2018 dan baki jaminan sebanyak RM500,000.00 pada 9hb Julai 2018. Penjamin bagi kes ini adalah dua anak tertuduh sendiri. 

Malangnya pada keesokkan hari (5hb Julai 2018), kedua akaun bank milik kedua penjamin tersebut, termasuk lah akaun bank lain milik anak-anak Dato Seri Najib dan Datin Rosmah turut di bekukan. https://www.youtube.com/watch?reload=9&v=rQcY_AiRa4k

Ianya menampakkan satu tindakan yang kurang “molek” oleh pihak berkuasa berkenaan kerana boleh menimbulkan persepsi negatif, seolah-oleh terdapat arahan oleh pihak tertentu untuk memastikan Dato Seri Najib gagal membuat bayaran wang jaminan dan memastikan Dato Seri Najib dimasukkan ke dalam Penjara Sungai Buloh seperti mana yang di war-warkan di dalam siri ceramah jelajah Negara oleh Pakatan Harapan.

Puteri Norlisa 
Pembekuan akaun bank milik anak Dato Seri Najib dengan bekas isteri beliau iaitu Puteri Norlisa yang kini mengidap kanser tahap 4 oleh pihak berkuasa berkaitan, memberikan tamparan hebat dari sudut perikemanusiaan. Rata-rata tindakan ini mendapat tentangan oleh kebanyakkan masyarakat. Geliga Naga maklum akan perkara ini. Puteri Norlisa pula bergantung penuh kepada akaun bank miliknya yang dibekukan sebagai sumber kewangan untuk pembiayaan perubatan. https://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/anak-najib-sakit-barah-sukar-bayar-bil-hospital-selepas-akaun/4075254.html

Keadaan yang meruncing  ini telah “memanggil” sekumpulan individu yang berupa bekas Timbalan Pendakwaraya yang pernah bertugas di Unit AMLA Jabatan Peguam Negara tampil kehadapan untuk melakukan pencerahan berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan Undang-undang AMLA. Sesi pencerahan itu berlansung melalui FaceBook Live selama hampir 54 minit. Ia memberikan penjelasan terperinci termasuklah, adakah akaun yang dibekukan itu boleh dicairkan semula atas sebab-sebab yang tertentu berkaitan dengan kelansungan kehidupan dan tanggungan-tanggungan melibatkan kewangan oleh saspek yang di ambil tindakan dibekukan akaun. Sesi pencerahan ini telah mendapat capaian penonton sebanyak lebih 80,000 tontonan. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=121879571487390&id=100003960760917

Dato Seri Najib dan ahli keluarga
Selain dari itu Geliga Naga berpendapat, pencairan akaun bank milik Dato Seri Najib serta ahli keluarga yang lain adalah berpunca dari ketiadaan fakta kukuh untuk dikaitkan dengan isu utama siasatan iaitu 1MDB. Dengan kata lain, pihak berkuasa yang menjalankan siasatan telah gagal untuk menemui sebarang bukti aliran wang dari 1MDB ke akaun-akaun bank yang dibekukan. Ianya juga membawa maksud sehingga kini tiada sebarang kesalahan di jumpai. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450406/akaun-peribadi-najib-tak-lagi-dibekukan 

Walau bagaimanapun Geliga Naga juga memperingatkan kepada pihak berkuasa bahawa adalah lebih “molek” untuk menjalankan siasatan secara teratur, rapi dan kemas sebelum mengambil tindakan pembekuan akuan bank terhadap mana-mana pihak. Ianya akan memberikan kesusahan kepada pihak berkenaan jika pada akhirnya mendapati pihak berkenaan tersebut, tidak dapat dibuktikan melakukan kesalahan yang dikaitkan dengan isu siasatan yang di jalankan. Selain itu ianya juga dapat mengelakkan gambaran dan pendapat negatif oleh pihak masyarakat terhadap integriti serta kredibiliti pihak berkuasa yang terlibat.


No comments:

Post a Comment