Geliga Naga di maklumkan
oleh sumber bahawa semasa rampasan barang kes yang di lakukan oleh pihak Polis
(Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman) ke atas kediaman bekas Perdana
Menteri Dato Seri Najib Razak adalah tidak mengikut peraturan merujuk kepada
Undang-undang AMLA 2001 dan undang-undang lain yang berkaitan, benarkah begitu?
Sebagaimana yang di maklumkan
pada Bahagian:1 sebelum ini, pihak yang melakukan serbuan hendaklah memastikan
saspek yang diambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan bagi tujuan siasatan
1MDB (Dato Seri Najib) mestilah berada di lokasi-lokasi serbuan dan rampasan
berkenaan. Ianya bertujuan untuk menunjukkan barangan yang di rampas kepada
saspek serta memastikan bahawa barangan yang di rampas itu di catitkan ke dalam
“Senarai Bongkar”. Seterusnya dokumen
tersebut (Senarai Bongkar) hendaklah
di tanda tangani oleh kedua-dua pihak iaitu Pegawai Rampasan dan Saspek
berkenaan sebagai pengesahan rampasan. Walau bagaimanapun ianya tidak berlaku,
sebagaimana prosiding yang dimaklumkan di atas, di lokasi serbuan 3 unit premis di Pavillion
Resident.
gambar dipercayai hasil rampasan dari salah sebuah kediaman dato Seri Najib Razak |
Pendedahan terkini melalui sumber
yang dirahsiakan, pihak Polis telah membuat rampasan secara “pukal” ke atas semua barangan
berkenaan. Sedangkan sebagaimana sedia maklum pihak Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil Bukit Aman mendedahkan, tindakan sitaan/rampasan yang di lakukan itu
adalah yang disyaki berkaitan dengan siasatan 1MDB.
Pihak Polis yang menjalankan
siasatan seharusnya bersikap lebih pro-aktif dan profesional. Seharusnya
siasatan penuh di jalankan terlebih dahulu sebelum membuat rampasan ke atas
barang kes. Pihak Polis haruslah memastikan barang kes yang di rampas mempunyai
bukti yang kukuh bahawa ianya adalah hasil dari 1MDB dan barulah pengesanan ke
atas barangan tersebut di lakukan dan kemudiannya diikuti dengan tindakan
merampas/menyita.
Geliga Naga juga dimaklumkan
oleh sumber berkenaan bahawa pihak Polis memberikan tumpuan ke atas dokumen,
beg tangan, jam tangan, barang kemas dan wang tunai sebagai sasaran utama di
dalam serbuan tersebut. Malangnya disebalik keghairahan membuat rampasan,
barang rampasan tersebut di rampas secara “pukal” dan dipercayai sepenuhnya
tiada kaitan dengan isu siasatan – 1MDB. Tindakan ini akhirnya akan membawa
padah yang besar kepada pihak Polis Diraja Malaysia, benarkah sedemikian?
Gambar sekadar hiasan. |
Persoalan yang timbul adakah
barang kes yang di rampas oleh pihak Polis dari kesemua premis yang dikaitkan
dengan Dato Seri Najib Razak itu mempunyai kaitan dengan salah laku yang di
katakan berlaku di dalam 1MDB? Sebagaimana maklum, 1MDB bermula pada tahun
2013, manakala perlaksanaan 1MDB adalah pada 2014. Oleh itu apakah status
barangan yang di rampas yang dimiliki oleh saspek sebelum tahun 2013 atau 2014?
Barang kes yang di rampas secara “pukal” itu terkandung yang dimiliki
oleh saspek sebelum 2013, malah terdapat barang kes yang merupakan hadiah
pemberian dari Negara lain kepada saspek, hadiah perkahwinan anak-anak saspek,
barangan peribadi milik menantu saspek, barang peribadi milik cucu saspek dan
barangan peribadi milik besan saspek.
Bagaimanakah pula “pengkelasan” ke atas barang kes
tersebut di lakukan oleh pihak Polis? Bagaimana barang kes yang berupa hadiah
perkahwinan milik anak saspek akan di “huraikan” melalui siasatan jika ianya
bercampur aduk dengan barang kes yang lain.
Adalah tidak dapat dinafikan
bahawa berpandukan peruntukkan Undang-undang AMLA 2001, beban pembuktian bagi
barang yang di rampas oleh pihak berkuasa adalah terletak di pihak saspek bagi
menjawab cara mana perolehan barangan tersebut. Tetapi sekiranya barang yang
dirampas itu “terang-terang” tercatit sebagai hadiah perkahwinan dan hadiah
dari Istana Arab Saudi atau pembesar-pembesar Negara luar, kenapa ianya turut
dirampas? Adakah tindakan itu menampakkan suatu keadilan dalam menjalankan
tugas?
Geliga Naga berkeras
bahawa pihak Polis seharusnya lebih teliti di dalam menjalankan tugas, jika
tidak ia lebih bersifat penginayaan terhadap saspek selain akan menimbulkan
persepsi negatif terhadap saspek dan keluarga.
Pada bahagian:3 nanti akan di
kongsi bersama maklumat lain berkaitan dengan barang kes rampasan
Bro, hadiah sampai berjuta juta masa kamu duduk dalam jawatan adalah salah walaupun itu adalah buah tangan...Ini akan bawak kepada conflict of interest. Atau boleh dituduh mempunyai kepentingan. Buah tangan yang nilai nya murah macam pemberian coklat, dinner yang takde nilai besar is ok. Tapi berjuta juta?....Basi saya memang tak de logik. Saya berkerja di syarikat antarabangsa dan kota ada procedures dalam pengambilan dan pemberian buah tangan...
ReplyDelete2 separate issues
DeleteCan you explain?
Delete