Followers

Tuesday, 17 July 2018

AMLA…OH…AMLA



Bahagian:3 (akhir)

Sidang media PDRM

Barangan rampasan yang di buat oleh pihak berkuasa PDRM yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, secara rasminya telah di umumkan kepada seluruh rakyat Malaysia pada 27hb Jun 2018 yang dikatakan bernilai RM1.1 billion. ( http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/27/polis-barang-dirampas-dari-6-premis-dikaitkan-najib-cecah-rm1-1-bilion/ ) . 

Gambar Barang Kes Yang Dirampas
Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman menunjukkan gambar-gambar barangan rampasan tersebut. Persoalannya adakah barangan yang dirampas tersebut adalah barangan yang telah dipastikan melalui proses siasatan yang teliti bahawa ianya hasil dari 1MDB, sedangkan arus siasatan adalah berkaitan dengan 1MDB? Pihak Polis seharusnya memastikan melalui siasatan yang terperinci dan teliti bahawa barangan yang dirampas itu mestilah berkaitan dengan 1MDB. Tidak lah boleh dengan hanya menggunakan alasan “disyaki” sahaja, cukup memberikan kuasa yang maha besar untuk membuat rampasan sedemikian. Sedangkan saspek yang di ambil tindakan itu adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan bukannya penjenayah biasa.

Berkaitan dengan penilaian barangan yang dirampas ditafsirkan bernilai RM1.1 billion, bagaimana ianya di lakukan? Adakah penilai yang digunakan oleh pihak Polis diiktiraf dari sudut perundangan Negara? Bagaimana pun jika penilaian tersebut tersalah tafsir? Menurut sumber ada di antara barangan yang dirampas berusia hampir 15 tahun. Adakah nilai barangan yang dirampas itu dikira melalui nilai pembelian semasa ketika 15 tahun dahulu atau melalui penilaian mengikut pasaran semasa?

Bagaimana pula dengan barangan yang dirampas yang berupa hadiah  dari pembesar Negara lain atau pihak-pihak lain, yang diterima oleh saspek sebagai Perdana Menteri ketika itu? Sehingga kini tiada sebarang peraturan atau peruntukkan undang-undang Negara yang melarang Perdana Menteri untuk menerima sebarang pemberian atau hadiah dari pembesar Negara lain? Menurut sumber ketika pihak Polis membuat pengumuman barang kes, pihak Polis ada menyebut tentang seutas jam tangan yang dianggar bernilai jutaan Ringgit turut di rampas. Manakala sumber memaklumkan jam tangan tersebut adalah berupa pemberian atau hadiah dari seorang Menteri dari luar Negara kepada saspek dan bukannya dibeli secara peribadi oleh saspek. Pada jam tersebut secara jelas menunjukkan Jata Negara berkenaan. Adakah ianya juga dikaitkan dengan siasatan 1MDB? http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nilai-rampasan-polis-subjektif-harta-adalah-hadiah-najib-179049

Bagaimana pula dengan barangan yang dirampas bukan milik saspek? Sebagaimana sedia maklum bahawa terdapat satu permohonan oleh sebuah firma barang kemas dari Lubnan yang bernilai RM60 juta? https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447262/tukang-emas-lubnan-saman-rosmah   Adakah ianya juga dirangkumkan sebagai barangan milik peribadi saspek dan berkait dengan siasatan 1MDB? Menurut sumber sehingga kini terdapat permohonan untuk mengembalikan barang kemas pameran dari firma barang kemas dari saspek. 

Bagaimana pula dengan barangan yang dirampas berupa hadiah-hadiah perkahwinan milik anak saspek? Adakah ianya juga berupa barang kes yang berkait dengan siasatan 1MDB? Sedangkan menurut sumber hadiah perkahwinan yang di rampas oleh pihak Polis tertera nota dan tulisannya berupa hadiah perkahwinan. Bagaimana pula barangan yang dirampas itu merupakan barangan milikkan peribadi saspek serta keluarganya, adakah ianya juga dikelaskan sebagai berkait dengan 1MDB? 

Geliga Naga tidak bermaksud untuk mengganggu siasatan yang dijalankan. Memandangkan ianya di umumkan secara terbuka oleh pihak Polis, maka Geliga Naga percaya bahawa pihak awam berhak untuk membuat komen secara terbuka melalui tindak tanduk siasatan yang dijalankan oleh pihak berkenaan. 

Walaupun merujuk kepada kuasa yang dinyatakan di dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) memberikan kuasa terhadap tindak tanduk yang di lakukan oleh pihak berkuasa tetapi haruslah di lakukan dan di laksanakan secara teliti, berhemah, relavan dan bertimbang rasa kerana saspek adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Geliga Naga juga faham beban pembuktian adalah terletak di bahu Dato Seri Najib Razak bagi menjawab setiap item rampasan. 


Dato Seri Najib Razak sepanjang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia banyak melakukan jasa kepada pihak PDRM. Kebajikan dan keperluan semasa PDRM menjadi keutamaan beliau untuk memberikan keutamaan di atas dasar keselamatan rakyat di dalam Negara ini. Apa yang di alami oleh beliau menampakkan kekesalan yang amat dalam seolah-oleh beliau lansung tidak berjasa kepada PDRM.


No comments:

Post a Comment