Followers

Monday 16 July 2018



RAHSIA LIM GUAN ENG DI SEBALIK PENCUKAIAN BARU SST 10% DAN 6% PERKHIDMATAN


Sebelum era pencukaian GST diperkenalkan oleh pihak kerajaan, pihak kerajaan dan pihak berkuasa berkait dengan pemungutan cukai (Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri) telah mengesan terdapat banyak ketirisan di dalam pembayaran cukai. Pihak-pihak terbabit melakukan pelbagai cara penipuan untuk mengelakkan pembayaran cukai kepada pihak kerajaan.

Ekoran dari penipuan-penipuan yang di lakukan, kerajaan telah mengalami kerugian yang besar saban tahun. Oleh yang demikian maklumat-maklumat (cara laku) berkenaan penipuan yang di lakukan oleh pihak yang terbabit telah di kaji dengan teliti. Maka satu sistem pencukaian yang di namakan sebagai GST telah diperkenalkan dan di laksana melalui sistem yang direka khas oleh pihak yang tertentu agar ianya tidak lagi boleh ditipu oleh pihak-pihak yang terbabit.

Manakala nilai pencukaian GST sebanyak 6 peratus pula, diputuskan setelah mengambil kira semua faktor oleh semua pihak-pihak yang terlibat dan ianya adalah relavan serta tidak membebankan rakyat berbanding dengan Negara-negara lain yang melaksanakan sistem pencukaian yang sama.

Seperti mana yang telah di ketahui umum Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan iaitu Lim Guan Eng kelmarin, telah mengumumkan pencukaian baru yang menggantikan GST. Pencukaian baru yang di umumkan adalah SST 10 % dan cukai perkhidmatan 6 %. Pengumuman ini memberikan reaksi yang mengejutkan terhadap rakyat Malaysia keseluruhannya. Rata-rata menyuarakan ketidakpuasan hati dan terasa di tipu oleh kerajaan Pakatan Harapan. Angka pencukaian baru jelas menampakkan kenaikan pencukaian berbanding GST sebelum ini.

Rakyat sekali lagi ditipu oleh kerajaan Pakatan Harapan. Janji-janji laungan ceramah Pakatan Harapan sebelum PRU14, tidak sama sekali ditunaikan. Malahan ianya bertentangan dengan janji dan manifesto Pakatan Harapan. Rakyat lah yang bakal menanggung segala penipuan yang dirancang rapi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Kumpulan rakyat yang benar-benar terkesan adalah golongan B40 dan ke bawah. Sedangkan ketika kerajaan Barisan Nasional dahulu, golongan inilah yang sentiasa mendapat perhatian kerajaan Barisan Nasional.

Apakah rahsia Lim Guan Eng memperkenalkan sistem pencukaian baru? Adakah Lim Guan Eng bersekongkol dengan pihak-pihak yang terbabit untuk melakukan penipuan melalui pembayaran cukai sebagaimana sebelum ini? Siapa yang akan memperolehi keuntungan dengan sistem pencukaian yang baru ini? Adakah tujuannya untuk “menyamun wang” sebanyak yang mungkin dalam tempoh 2 tahun, sebelum pihak-pihak yang tertentu merampas kerajaan dari kerajaan baru ini? Pada ketika itu apakah kedudukan dan masa depan bangsa Melayu?



Perkongsian ini haruslah di perdebatkan kebenarannya dan disebarkan hingga ke akar umbi. Perkongsian ini juga haruslah menjadi pencetus untuk membuka minda dan menyedarkan semua pihak yang pastinya terkesan di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment