Followers

Tuesday 7 August 2018

RAJA PETRA KAMARUDIN BERTANGGUNG JAWAB MEMBAWA IRI (INTERNATIONAL REPUBLICAN INSTITUTE) KE MALAYSIA PADA TAHUN 2000 UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL


Baru-baru ini telah tersebar dengan meluas sebuah video berdurasi 2.26 minit mengenai sebuah forum yang di adakan oleh Centre for Strategic and International Studies (CSIS) di Amerika Syarikat. Di dalam video tersebut seorang individu yang dikenali sebagai Daniel Twinning telah memperkenal diri beliau sebagai ahli International Republic Institute (IRI). 

Daniel Twinning - IRI
Daniel Twinning telah secara terbuka membuat pengakuan bahawa IRI telah pun bekerjasama dengan pihak pembangkang- PAKATAN  (pihak kerajaan masa kini) sejak tahun 2002 untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Daniel Twinning juga mengaku telah bertemu dengan beberapa individu pemimpin pembangkang pada masa itu untuk bekerjasama termasuklah menyalurkan dana serta berkongsi strategi untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. 


Laporan Polis Reggy Jessy
Selama 15 tahun pada 2018 pembangkang yang disebut di atas telah berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 lalu. Ekoran dari sebaran video tersebut satu laporan Polis telah di buat oleh sebuah NGO Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku diterajui oleh penulis blog The Third Force - Reggy Jessy pada 7hb Ogos 2018. Reggy Jessy berpendapat pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia hendaklah menjalankan siasatan kerana pendedahan di dalam video tersebut adalah suatu pengakuan yang boleh diterima pakai dari sudut perundangan. Manakala individu yang dinyatakan oleh Daniel Twinning merupakan “pengkhianat Negara” dan harus dikenal pasti serta di ambil tindakan berpandukan peruntukkan undang-undang Negara serta Perlembagaan Persekutuan bagi kesalahan cubaan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan kuasa asing secara tidak sah. 



Raja Petra Kamarudin
Geliga Naga mengesahkan bahawa Raja Petra Kamarudin merupakan individu yang bertanggung jawab ke Washington, Amerika Syarikat pada tahun 2000 dan beliaulah yang membawa masuk IRI ke Negara Malaysia bagi tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Raja Petra Kamarudin telah membawa dua orang ahli IRI ke Malaysia pada ketika itu. Satu perjumpaan telah berlaku di antara dua ahli IRI tersebut dengan Mustafa Ali di Terengganu, bagi membincangkan perkara yang sama.  






RPK ditahan dibawah ISA
Raja Petra Kamarudin kemudiannya telah di tahan oleh pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia pada April 2001 dibawah tindakan perundangan ISA selama 60 hari.  Di dalam tempoh 60 hari beliau di tahan, pihak Cawangan Khas PDRM telah mensyaki Raja Petra Kamarudin adalah agent kepada CIA dan sebanyak 200 helai dokumen soal siasat telah ditandatangani oleh Raja Petra Kamarudin mengesahkan penglibatan IRI di dalam usaha kerjasama bersama pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Maka dengan dokumen-dokumen yang direkodkan seperti di atas adalah relaven untuk pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan bersabit laporan Polis yang dibuat oleh Reggy Jessy. Pihak PDRM haruslah bertindak secara professional berlandaskan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur politik semasa di dalam menjalankan tugas dan menguatkuasakan undang-undang demi keutuhan integrity PDRM. Geliga Naga berpendapat PDRM haruslah mengesan dan mengenal pasti individu-individu yang bekerjsama dengan IRI untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan harus dibawa ke muka pengadilan.

Dato Seri Najib Razak

Malahan Dato Seri Najib Razak sendiri telah mengeluarkan kenyataan media menggesa pihak berkuasa PDRM untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan di atas pendedahan video tersebut – “ Najib calls for inquiry into between Pakatan and IRI” The Star online 7hb Ogos 2018. Kredibiliti pembangkang ketika itu dan menjadi kerajaan ketika ini amatlah dikhuatiri.



TAKTIK MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT OLEH TUN DR MAHATHIR PERDANA MENTERI KE-7


Manifesto 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan merupakan kayu pengukur di dalam pengambil alihan kerajaan. Itulah janji-janji yang ditaburkan oleh pemimpin Pakatan Harapan di dalam semua ceramah sebelum PRU14. Manifesto Pakatan Harapan lebih menunjukkan janji populariti berbanding realiti perlaksanaannya. Ia terbukti sukar untuk di laksanakan. Sebagaimana maklum kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk memansuhkan TOL sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini bahawa sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya, keesokkan harinya TOL akan dimansuhkan. Bukan setakat itu sahaja, janji untuk menghapuskan hutang para peneroka FELDA juga gagal di laksanakan. Banyak lagi yang gagal dilaksanakan. Manakala pihak kerajaan Pakatan Harapan pula memberikan pelbagai alasan bagi melindungi kegagalan mereka menunaikan janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan. 



Tun Dr Mahathir perlu mencari jalan untuk mengalihkan perhatian rakyat di atas kegagalan untuk menunaikan janji Manisfesto 100 Hari Pakatan Harapan yang akan genap pada 18hb Ogos 2018. Bukan sahaja janji Manifesto Pakatan Harapan sahaja gagal, malah keadaan ekonomi yang meruncing turut menjadi faktor untuk Dr Mahathir mencari jalan keluar mengalihkan perhatian rakyat.

TAMBAHAN PERTUDUHAN KE ATAS NAJIB RAZAK


Pada 8hb Ogos 2018 Najib dijangka akan menghadapi tiga lagi pertuduhan tambahan berkait dengan kesalahan AMLA. Pertuduhan akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pertuduhan ini dibuat atas sebab bagi “membuktikan” kata-kata ucapan Tun Dr Mahathir bahawa Najib Razak adalah “penyamun wang rakyat” seperti mana isi kandungan ucapannya di dalam siri-siri ceramah Pakatan Harapan sebelum PRU14. Tidak dapat dinafikan bahawa pihak SPRM bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara berganding bahu untuk membuktikan kata-kata Dr Mahathir, walaupun pengakhiran kes ini masih lagi samar-samar. Jadi ini adalah salah satu dari cara untuk mengalihkan perhatian rakyat dari bangun menentang kerajaan Pakatan Harapan yang gagal menunaikan janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan serta kegagalan menjaga kepentingan kebajikan rakyat. 

MEMBAWA BALIK KAPAL MEWAH – EQUANIMITY  KE MALAYSIA BUKAN MILIK JHO LO


Kapal mewah yang dinamakan sebagai Equanimity ini telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia pada Mac 2018 di Perairan Bali Indonesia atas permintaan DoJ. Walau bagaimanapun ianya telah di lepaskan oleh pihak berkuasa / Mahkamah tempatan Indonesia atas beberapa sebab berkait dengan kesilapan proses sitaan kapal tersebut oleh pihak berkuasa Indonesia. Terkini kapal mewah tersebut telah diserahkan oleh Indonesia kepada Malaysia melalui permintaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir kepada President Indonesia Jokowi baru-baru ini. Kapal mewah ini telahpun di bawa balik ke Pelabuhan Klang pada 8hb Ogos 2018. Persoalannya hingga kini masih belum dapat dibuktikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia bahawa adalah sah kapal mewah ini dibeli melalui wang milik 1MDB. Sedangkan sebelum ini kapal mewah Equanimty disahkan milik jutawan fesyen yang berasal dari China bernama Do Won Chang dan bukannya milik Jho Lo seperti mana yang laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri http://asas2020.blogspot.com/2018/03/sah-equanimity-bukan-milik-jho-lo-mana.html?m=1 . Adakah pihak yang menjalankan siasatan berkaitan kontroversi 1MDB telah pun mempunyai bukti yang sah berpandukan peruntukkan undang-undang Negara Malaysia bahawa kapal mewah Equanimity dibeli dengan menggunakan wang 1MDB? Bagaimana pula dengan perundangan merentasi sempadan yang melibatkan siasatan yang dijalankan oleh pihak-pihak lain? Juga permohonan-permohonan bantahan yang dikemukakan oleh pihak yang berkepentingan dengan kapal mewah tersebut di Mahkamah California, sedangkan ianya masih belum mempunyai sebarang keputusan mahkamah? Ianya disimpulkan sebagai tujuan memperkukuhkan persepsi negatif rakyat terhadap Najib Razak. Selain dari itu ianya juga akan berjaya mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir urus Negara.




Monday 6 August 2018

PULUHAN RIBU BANGSA MELAYU AKAN MUFLIS DALAM TEMPOH 6 BULAN



Melihat kepada perkembangan semasa melalui arus pemerintahan kerajaan baru iaitu Kerajaan Pakatan Harapan, kebajikan rakyat nampaknya bukanlah menjadi keutamaan. Keutamaan mereka adalah mencari kesalahan dan menunding jari kepada pihak lain. Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan mereka mentadbir urus Negara ini dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Mereka terbukti gagal untuk memenuhi janji 100 Hari Manifesto Pakatan Harapan yang akan tamat tempoh 100 hari pada 18hb Ogos 2018 ini.


Kemelut ekonomi berlansung secara berterusan. Puluhan billion Ringgit di bawa keluar oleh para pelabur akibat ketidakyakinan terhadap pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad mentadbir urus ekonomi Negara. Kegagalan di dalam memperbaharui rundingan perniagaan dengan China menerusi agen kerajaan iaitu Tun Daim menambahkan lagi kekalutan ekonomi.

Terkini bangsa Melayu pula akan menjadi mangsa seterusnya. Puluhan ribu bangsa Melayu akan di isytihar muflis dalam tempoh enam bulan dari sekarang. Kenapa? Geliga Naga di maklumkan bahawa ratusan ribu pekerja bertaraf kontrak yang bertugas di Jabatan Kerajaan, GLC Kerajaan telahpun ditamatkan kontrak. Dengan kata lain mangsa-mangsa ini diberhentikan kerja. Tindakan memberhentikan kerja bukan setakat pekerja bertaraf kontrak sahaja tetapi ianya juga melibatkan semua jawatan lantikan politik termasuklah Duta-duta Malaysia di luar Negara.

Kumpulan-kumpulan yang disebutkan di atas ada membuat pinjaman kewangan dari institusi perbankkan melalui pinjaman kenderaan, kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan sebagainya. Bagaimana mereka mampu untuk membuat bayaran semula sedangkan mereka kini tidak mempunyai pendapatan ekoran penamatan kontrak pekerjaan. Maknanya mereka akan menghadapi tindakan mahkamah menerusi bank-bank berkenaan dan akhirnya mereka akan diisytiharkan muflis.

Selain dari mangsa-mangsa di atas, para petani yang membuat pinjaman menerusi institusi kewangan turut menghadapi risiko yang sama. Mereka membuat pinjaman untuk menjalankan pertanian tanaman semula sawit, ladang durian, program pertanian burung walit dan program-program pertanian yang lain, yang melibatkan pinjaman kewangan. Kesemua modul pertanian yang disebutkan di atas kini tidak mempunyai nilai pasaran. Oleh yang demikian pembayaran pinjaman gagal dibuat. Di jangkakan kumpulan ini akan menghadapi tindakan mahkamah ekoran dari kegagalan pembayaran ansuran pinjaman pada Disember 2018 atau Januari 2019. Maka bertambahlah jumlah bangsa Melayu yang akan diisytihar muflis. 

Kesemua golongan yang disebutkan di atas adalah bangsa Melayu. Jika kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir peka dan prihatin pastinya semua ini tidak berlaku. Bangsa Melayu menjadi mangsa sekali lagi. Bukan setakat ditipu di dalam janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan tetapi keadaannya lebih parah dengan penambahan jumlah individu yang akan di isytiharkan muflis pada akhir 2018 atau awal 2019. Soalnya apakah “harapan” yang boleh diharapkan oleh rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan terutamanya menentukan masa depan bangsa Melayu di Negara ini.