Followers

Thursday 28 June 2018

Kekayaan luar biasa anak-anak Tun Dr Mahathir - part 1



Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri yang ke-7 harus menerangkan kepada rakyat Malaysia bagaimana anak-anak beliau boleh menjadi kaya raya dalam masa yang begitu singkat.

Malah, Dr Mahathir juga telah berjanji akan menghapuskan jenayah rasuah, nepotism dan kronisme. Mungkin beliau boleh memulakan dengan mendedahkan cara keluarganya menjadi kaya raya.

Ranking anak Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir mungkin sudah terkeluar daripada senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya selepas beliau menjual sahamnya dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan Gas dan Minyak.

Tetapi, pada 2014 beliau tersenarai didalam 10 individu terkaya Malaysia oleh majalah Malaysian Business dengan jangkaan nilai harta sekitar RM4.22 bilion, menjadikan beliau orang Melayu kedua terkaya selepas ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary - dan peningkatan kekayaannya yang meningkat hari demi hari masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Malah, sebelum ini veteran DAP Lim Kit Siang pernah mencipta hoo-ha kononnya anak Dr Mahathir ini menjadi bilionaire dalam tempoh semalaman dan Pakatan Rakyat (kini dikenali Pakatan Harapan) pernah berjaji untuk menghentikan kronisme keluarga Dr Mahathir sekiranya mereka menang PRU13 dahulu.

Lain pula situasi sekarang bila Dr Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri selepas PRU 14.

DAP dan PKR tidak pula berani bersuara mengenai anak-anak Dr Mahathir tetapi cuma menangguk apabila beliau menegaskan bahawa kekayaan anaknya bukan diatas bantuannya selaku Perdana Menteri selama ini dan "apa yang Mokhzani perolehi diatas kerja kerasnya."

Secara kronologinya, penganalisis politik Lim Sian See merungkaikan bagaimana Mokhzani yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Holdings Bhd dan Tongkah Holdings Bhd mendakwa menerima "banyak dakwaan liar mengaitkan saya dengan projek kerajaan atau projek mega."

Beliau juga memberitahu Bernama bahawa tuduhan yang dilemparkan keatasnya dibuat oleh individu yang mahu memburukkan imej beliau dan bapanya, sementara menafikan menjual seluruh pegangan secara langsung dan tidak langsungnya didalam syarikat-syarikat disenarai Bursa Malaysia, kerana beliau merajuk.

Jelas LSS, walaupun mendakwa hanya "akan melakukan perniagaan kecil-kecilan" selepas beliau keluar dari dunia korporat, Mokhzani kemudiannya menubuhkan Kencana Capital dengan modal besar sehingga RM30 juta, pada tahun sama.

"Kencana kemudiannya menyertai perniagaan Minyak dan Gas dengan ditubuhan daripada pengambilalihan  limbungan fabrikasi kecil seluas 1 ekar dan dijenamakan kepada Kencana Petroleum dan dalam tempoh beberapa bulan, dianugerahkan lesen Frabikasi Besar (Penstrukturan Luar Persisir) oleh Petronas," kata LSS.

Tambahnya, dua tahun kemudian pada November 2003, bapanya bersara dari jawatan Perdana Menteri dan menjadi Penasihat Petronas.

Pada 2011, Kencana Petroleum dinilai RM6 bilion bergabung dengan Sapura Petroleum membentuk SapuraKencana dimana Mokhzani dengan selesanya menjadi CEO Kumpulan, sebelum ditabalkan sebagai individu ke-9 terkaya di Malaysia pada 2014.

Pada 2016, beberapa bulan selepas Mahathir disingkirkan dari jawatan Penasihat Petrons berikutan keputusan sebulat suara Kabinet menamatkan lantikannya kerana tidak lagi menyokong kerajaan dengan menandatangani Deklarasi Rakyat, Mokhzani berlalu meninggalkan rakan niaganya daripada Kencana Capital, Datuk Yeow Kheng Chew.

Kata Lim, Mokhzani "mendapat berbilion ringgit dengan menjual pegangannya di SapuraKencana" sebelum meletakkan jawatan dan walaupun harga minyak sedang memuncak.

The Star pula pernah melaporkan, sumbernya mendakwa "beliau tidak meramalkan sektor O&G akan merudum dalam masa terdekat, dan akan terus menyuntik modal ke dalam industri baru."

LSS kemudiannya menggesa orang ramai untuk melihat kaitan-kaitan terhadap punca kekayaan luar biasa Mokhzani ini "Atau anak-anak (Mahathir) sememangnya berbakat semulajadi dalam perniagaan sepertimana Mahathir dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia katakan?"

Jelasnya, mungkin Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat ini boleh mejustifikasikan bahawa beliau sebenarnya bukanlah seorang kleptokrat dan sumber kekayaan keluarganya adalah kekayaan yang halal, daripada menafikan telah menyalahgunakan kuasa untuk menjadi antara 10 rakyat Malaysia terkaya, sebelum ini.

Ataupun, apa yang dikatakan penulis novel Perancis, Honore de Balzac katakan "Disebalik kekayaan luar biasa terdapatnya jenayah yang besar" adalah benar sama sekali.

Ini adalah perihal kekayaan hanya salah seorang daripada anak Dr Mahathir. Kita tengok pula kekayaan anak-anak beliau yang lain dalam bab-bab yang akan datang.

5 comments:

  1. PH bila kempen salah satu janji adalah siasat keluarga Mahathir. Apa sudah jadi dengan jaji itu? Rakyat undi PH kerana janji janji nya. Kalau tidak di tunai maka semua janji itu ada lah palsu dan menipu rakyat untuk meraih undi. Ini bukan saja menipu tapi menderhaka kepada rakyat yang mengundi PH.

    ReplyDelete
  2. Ater bio ler demer beniaga asei demer bayo cukai pada gomen ...nanti dapat pada rakyat macam teman juge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bio ape ke bende ni...PH bertanggung jawap untuk siasat semua skandal dulu dan kini...Mana pergi janji itu???

      Delete
    2. Apa sudah jadi dengan janji ini..

      https://www.youtube.com/watch?v=POjoHz3Pq7E

      Delete