Followers

Showing posts with label Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Tuesday, 17 July 2018

Perlantikkan Waytha sebagai Menteri di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional – adakah ianya wajar?


Ketua Persatuan Hindraf P Waythamoorthy telah mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial di Istana Negara, di ibu negara, pada hari Selesa, 17 Julai.

Beliau sebelum itu mengangkat sumpah sebagai seorang senator, bersama tujuh orang lain, di Dewan Negara.

Tetapi hari kedua persidangan Parlimen mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa apabila memuat naik foto majlis angkat sumpah senator menerusi laman Twitter miliknya.

Namun, foto berkenaan menimbulkan persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri.
Tweet Ali Hamsa yang menimbulkan persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri.

Selepas netizen berteka-teki dan memberi komen, akhirnya pegawai media KSN tampil mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung perkara itu.

Terjawab persoalan netizen apabila disahkan individu tersebut adalah tetamu kepada Waytha yang dilantik sebagai senator dan hadir untuk menyaksikan majlis angkat sumpah.

Ia sekaligus menghapuskan tanggapan netizen yang menyangka ia merupakan entiti misteri yang secara tidak sengaja dirakam menerusi foto berkenaan.
'Kelibat misteri' (kiri) yang menimbulkan persoalan netizen bersama Waytha 
Netizen tidak dapat disalahkan atas pra-sangka ini kerana terdapat ‘Decorum dan Protokol’ yang sepatutnya dipatuhi jika hendak hadir ke Parlimen.

Malah, pakaian dan tampilan kemas adalah salah satunya protocol yang harus dipatuhi untuk hadir ke Parlimen.

Bagaimana ianya terlepas pandang daripada pihak keselamatan dan pengurusan Parlimen?

Adakah ‘Decorum dan Protokol’ tidak lagi di praktikkan oleh kerajaan Pakatan Harapan? Atau, ianya disengajakan? Lebih-lebih lagi lelaki misteri ini ialah tetamu kepada Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Bukankah Waytha harus peka dengan Perlembangan Berparlimen?

Siapakah Waytha ini sebenarnya? Mari kita lihat sedikit latar belakang beliau.

Nama Waytha tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia secara umum kerana beliau merupakan salah seorang  daripada 6 orang peguam yang bertanggungjawab menganjurkan  demonstrasi secara besar-besaran pada 25 November, 2007 dimana berpuluhan ribu kaum India turun merusuh ke jalanraya menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pemerintah pada masa itu, iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Rusuhan Hindraf pada 25 November, 2007

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Ahmad Abdullah Badawi.

Selepas demonstrasi tersebut 5 orang peguam telah ditangkap di bawah akta ISA termasuk abang beliau P. Uthayakumar pada 13 Disember, 2007.

Waytha bagaimanapun sempat melarikan diri ke London dan mendapat perlindungan politik atau ‘Political Asylum’ dari kerajaan British.

Hindraf diistyiharkan sebagai pertubuhan haram di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) oleh Menteri dalam Negeri pada masa itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga ianya diharamkan.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

Pertubuhan tersebut yang di pimpin oleh Waytha, telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

Semasa berada di London, Waytha juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka.

Kegiatan dan aktiviti Waytha telah memberi kesan buruk pada imej Negara.

Waytha yang kemudiannya kembali ke Malaysia pada 1 ogos, 2012 mengambil pendirian untuk beralih angin dengan menyokong BN pada PRU13 pimpinan Dato Seri Najib Razak.

Setelah BN menang PRU 13, Najib telah melantik beliau sebagai senator dan memberinya jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tetapi, selepas Sembilan bulan, Waytha meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri pada 10 February, 2014 dan menuduh Najib kononnya beliau tidak berhasrat untuk membantu menaik taraf kehidupan kaum India di Malaysia.

Tuduhan ini memang tidak berasas kerana fakta membuktikan Najib islah satu-satunya perdana menteri yang banyak membantu kaum India.

Selepas perletakan jawatan, Waytha mula menyuarakan isu-isu membabitkan perkauman.

Antaranya ialah isu pendakwah bebas Islam Dr Zakir Naik.
Pendakwah bebas Dr Zakir Naik
Malah, Waytha yang mengetuai 18 yang lain untuk memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi pendakwah tersebut.

Tindakkan Waytha jelas menunjukkan beliau mencabar penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam malah, agama rasmi Malaysia juga adalah agama islam.

Tidakkah tindakan ini akan menggugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama?

Bukan itu saja, Waytha juga telah mewakili beberapa kes penukaran agama (murtad) tetapi semuanya telah gagal.

Berbalik kepada perlantikkan beliau yang dicadang Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah rancangan Mahathir sebenarnya?

Tidakkah Mahathir sebagai seorang yang berpengalaman harus tahu dan faham dengan keadaan semasa serta kehendak rakyat yang majoritinya yang beragama Islam?

Harap Mahathir sedar dengan apa yang sedang berlaku sekarang.


Thursday, 28 June 2018

Kekayaan luar biasa anak-anak Tun Dr Mahathir - part 1



Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri yang ke-7 harus menerangkan kepada rakyat Malaysia bagaimana anak-anak beliau boleh menjadi kaya raya dalam masa yang begitu singkat.

Malah, Dr Mahathir juga telah berjanji akan menghapuskan jenayah rasuah, nepotism dan kronisme. Mungkin beliau boleh memulakan dengan mendedahkan cara keluarganya menjadi kaya raya.

Ranking anak Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir mungkin sudah terkeluar daripada senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya selepas beliau menjual sahamnya dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan Gas dan Minyak.

Tetapi, pada 2014 beliau tersenarai didalam 10 individu terkaya Malaysia oleh majalah Malaysian Business dengan jangkaan nilai harta sekitar RM4.22 bilion, menjadikan beliau orang Melayu kedua terkaya selepas ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary - dan peningkatan kekayaannya yang meningkat hari demi hari masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Malah, sebelum ini veteran DAP Lim Kit Siang pernah mencipta hoo-ha kononnya anak Dr Mahathir ini menjadi bilionaire dalam tempoh semalaman dan Pakatan Rakyat (kini dikenali Pakatan Harapan) pernah berjaji untuk menghentikan kronisme keluarga Dr Mahathir sekiranya mereka menang PRU13 dahulu.

Lain pula situasi sekarang bila Dr Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri selepas PRU 14.

DAP dan PKR tidak pula berani bersuara mengenai anak-anak Dr Mahathir tetapi cuma menangguk apabila beliau menegaskan bahawa kekayaan anaknya bukan diatas bantuannya selaku Perdana Menteri selama ini dan "apa yang Mokhzani perolehi diatas kerja kerasnya."

Secara kronologinya, penganalisis politik Lim Sian See merungkaikan bagaimana Mokhzani yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Holdings Bhd dan Tongkah Holdings Bhd mendakwa menerima "banyak dakwaan liar mengaitkan saya dengan projek kerajaan atau projek mega."

Beliau juga memberitahu Bernama bahawa tuduhan yang dilemparkan keatasnya dibuat oleh individu yang mahu memburukkan imej beliau dan bapanya, sementara menafikan menjual seluruh pegangan secara langsung dan tidak langsungnya didalam syarikat-syarikat disenarai Bursa Malaysia, kerana beliau merajuk.

Jelas LSS, walaupun mendakwa hanya "akan melakukan perniagaan kecil-kecilan" selepas beliau keluar dari dunia korporat, Mokhzani kemudiannya menubuhkan Kencana Capital dengan modal besar sehingga RM30 juta, pada tahun sama.

"Kencana kemudiannya menyertai perniagaan Minyak dan Gas dengan ditubuhan daripada pengambilalihan  limbungan fabrikasi kecil seluas 1 ekar dan dijenamakan kepada Kencana Petroleum dan dalam tempoh beberapa bulan, dianugerahkan lesen Frabikasi Besar (Penstrukturan Luar Persisir) oleh Petronas," kata LSS.

Tambahnya, dua tahun kemudian pada November 2003, bapanya bersara dari jawatan Perdana Menteri dan menjadi Penasihat Petronas.

Pada 2011, Kencana Petroleum dinilai RM6 bilion bergabung dengan Sapura Petroleum membentuk SapuraKencana dimana Mokhzani dengan selesanya menjadi CEO Kumpulan, sebelum ditabalkan sebagai individu ke-9 terkaya di Malaysia pada 2014.

Pada 2016, beberapa bulan selepas Mahathir disingkirkan dari jawatan Penasihat Petrons berikutan keputusan sebulat suara Kabinet menamatkan lantikannya kerana tidak lagi menyokong kerajaan dengan menandatangani Deklarasi Rakyat, Mokhzani berlalu meninggalkan rakan niaganya daripada Kencana Capital, Datuk Yeow Kheng Chew.

Kata Lim, Mokhzani "mendapat berbilion ringgit dengan menjual pegangannya di SapuraKencana" sebelum meletakkan jawatan dan walaupun harga minyak sedang memuncak.

The Star pula pernah melaporkan, sumbernya mendakwa "beliau tidak meramalkan sektor O&G akan merudum dalam masa terdekat, dan akan terus menyuntik modal ke dalam industri baru."

LSS kemudiannya menggesa orang ramai untuk melihat kaitan-kaitan terhadap punca kekayaan luar biasa Mokhzani ini "Atau anak-anak (Mahathir) sememangnya berbakat semulajadi dalam perniagaan sepertimana Mahathir dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia katakan?"

Jelasnya, mungkin Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat ini boleh mejustifikasikan bahawa beliau sebenarnya bukanlah seorang kleptokrat dan sumber kekayaan keluarganya adalah kekayaan yang halal, daripada menafikan telah menyalahgunakan kuasa untuk menjadi antara 10 rakyat Malaysia terkaya, sebelum ini.

Ataupun, apa yang dikatakan penulis novel Perancis, Honore de Balzac katakan "Disebalik kekayaan luar biasa terdapatnya jenayah yang besar" adalah benar sama sekali.

Ini adalah perihal kekayaan hanya salah seorang daripada anak Dr Mahathir. Kita tengok pula kekayaan anak-anak beliau yang lain dalam bab-bab yang akan datang.