Followers

Showing posts with label CCID. Show all posts
Showing posts with label CCID. Show all posts

Saturday, 14 July 2018

AMLA…OH…AMLA - Bhg: 2

Datuk Seri Amar Singh menunjukkan gambar barang rampasan kepada pihak media.


Geliga Naga di maklumkan oleh sumber bahawa semasa rampasan barang kes yang di lakukan oleh pihak Polis (Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman) ke atas kediaman bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak adalah tidak mengikut peraturan merujuk kepada Undang-undang AMLA 2001 dan undang-undang lain yang berkaitan, benarkah begitu?

Sebagaimana yang di maklumkan pada Bahagian:1 sebelum ini, pihak yang melakukan serbuan hendaklah memastikan saspek yang diambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan bagi tujuan siasatan 1MDB (Dato Seri Najib) mestilah berada di lokasi-lokasi serbuan dan rampasan berkenaan. Ianya bertujuan untuk menunjukkan barangan yang di rampas kepada saspek serta memastikan bahawa barangan yang di rampas itu di catitkan ke dalam “Senarai Bongkar”. Seterusnya dokumen tersebut (Senarai Bongkar) hendaklah di tanda tangani oleh kedua-dua pihak iaitu Pegawai Rampasan dan Saspek berkenaan sebagai pengesahan rampasan. Walau bagaimanapun ianya tidak berlaku, sebagaimana prosiding yang dimaklumkan di atas,  di lokasi serbuan 3 unit premis di Pavillion Resident.
gambar dipercayai hasil rampasan dari salah sebuah kediaman dato Seri Najib Razak


Pendedahan terkini melalui sumber yang dirahsiakan, pihak Polis telah membuat rampasan secara “pukal” ke atas semua barangan berkenaan. Sedangkan sebagaimana sedia maklum pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman mendedahkan, tindakan sitaan/rampasan yang di lakukan itu adalah yang disyaki berkaitan dengan siasatan 1MDB.

Pihak Polis yang menjalankan siasatan seharusnya bersikap lebih pro-aktif dan profesional. Seharusnya siasatan penuh di jalankan terlebih dahulu sebelum membuat rampasan ke atas barang kes. Pihak Polis haruslah memastikan barang kes yang di rampas mempunyai bukti yang kukuh bahawa ianya adalah hasil dari 1MDB dan barulah pengesanan ke atas barangan tersebut di lakukan dan kemudiannya diikuti dengan tindakan merampas/menyita.

Gambar sekadar hiasan. 
Geliga Naga juga dimaklumkan oleh sumber berkenaan bahawa pihak Polis memberikan tumpuan ke atas dokumen, beg tangan, jam tangan, barang kemas dan wang tunai sebagai sasaran utama di dalam serbuan tersebut. Malangnya disebalik keghairahan membuat rampasan, barang rampasan tersebut di rampas secara “pukal” dan dipercayai sepenuhnya tiada kaitan dengan isu siasatan – 1MDB. Tindakan ini akhirnya akan membawa padah yang besar kepada pihak Polis Diraja Malaysia, benarkah sedemikian?

Persoalan yang timbul adakah barang kes yang di rampas oleh pihak Polis dari kesemua premis yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib Razak itu mempunyai kaitan dengan salah laku yang di katakan berlaku di dalam 1MDB? Sebagaimana maklum, 1MDB bermula pada tahun 2013, manakala perlaksanaan 1MDB adalah pada 2014. Oleh itu apakah status barangan yang di rampas yang dimiliki oleh saspek sebelum tahun 2013 atau 2014?

Barang kes yang di rampas secara “pukal” itu terkandung yang dimiliki oleh saspek sebelum 2013, malah terdapat barang kes yang merupakan hadiah pemberian dari Negara lain kepada saspek, hadiah perkahwinan anak-anak saspek, barangan peribadi milik menantu saspek, barang peribadi milik cucu saspek dan barangan peribadi milik besan saspek.

Bagaimanakah pula “pengkelasan” ke atas barang kes tersebut di lakukan oleh pihak Polis? Bagaimana barang kes yang berupa hadiah perkahwinan milik anak saspek akan di “huraikan” melalui siasatan jika ianya bercampur aduk dengan barang kes yang lain.


Adalah tidak dapat dinafikan bahawa berpandukan peruntukkan Undang-undang AMLA 2001, beban pembuktian bagi barang yang di rampas oleh pihak berkuasa adalah terletak di pihak saspek bagi menjawab cara mana perolehan barangan tersebut. Tetapi sekiranya barang yang dirampas itu “terang-terang” tercatit sebagai hadiah perkahwinan dan hadiah dari Istana Arab Saudi atau pembesar-pembesar Negara luar, kenapa ianya turut dirampas? Adakah tindakan itu menampakkan suatu keadilan dalam menjalankan tugas?

Geliga Naga berkeras bahawa pihak Polis seharusnya lebih teliti di dalam menjalankan tugas, jika tidak ia lebih bersifat penginayaan terhadap saspek selain akan menimbulkan persepsi negatif terhadap saspek dan keluarga.

Pada bahagian:3 nanti akan di kongsi bersama maklumat lain berkaitan dengan barang kes rampasan




AMLA… OH… AMLA - Bhg: 1

Pengarah JSJK (tengah) mengadakan sidang media berkenaan rampasan yang telah dilakukan di kediaman Dato Seri Najib Razak. 

Baru-baru ini Negara telah dikejutkan dengan tindakan di luar dugaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membuat serbuan dan rampasan di beberapa premis kediaman yang dikatakan ada kaitan 1MDB dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak.

Serbuan tersebut melibatkan rampasan ke atas pelbagai jenis barang termasuk barang kemas dan wang tunai. Pihak PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah menyebut bahawa tindakan tersebut adalah merujuk kepada siasatan yang sedang di jalankan mengenai 1MDB. Sayangnya tindakan itu agak keterlaluan kerana ianya berlaku sebaik sahaja solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan baru sahaja selesai.


Serbuan yang di lakukan oleh anggota dan pegawai JSJK Bukit Aman di salah sebuah permis kediaman Dato Seri Najib Razak. 
Tidak dinafikan bahawa tindakan tersebut menurut peruntukkan undang-undang tidak menyebut bahawa ianya tidak boleh di lakukan di dalam bulan Ramadan tetapi ianya menimbulkan perspektif yang amat negatif di kalangan umat Islam di Negara ini. Setidak-tidaknya biarlah ianya di lakukan dengan penuh tertib terutama sekali menghormati bekas Perdana Menteri itu yang baru sahaja menunaikan solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan pada lebih kurang jam 10.15 malam 2018.

Menurut sumber, serbuan dan pemeriksaan yang melibatkan rampasan barangan berlansung selama 2 malam dan 2 hari. Mungkin maklumat yang diterima oleh pihak Jabatan Komersil Bukit Aman begitu penting dan ianya harus dilakukan tanpa sebarang halangan dan bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib adalah saspek yang melakukan jenayah amat besar sekali ?

Kediaman Pusaka Dato Seri Najib Razak antara kediaman beliau yang telah diserbu oleh JSJK Bukit Aman.

Pada hemat Geliga Naga, adab dan susila juga penting ketika menjalankan tugas, tambahan pula saspek yang terlibat adalah bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib. Saspek ini jugalah yang memelihara kebajikan PDRM setiap tahun di dalam persediaan Bajet Tahunan PDRM.
Rampasan yang di lakukan oleh pihak Jabatan Komersil Bukit Aman melibatkan premis kediaman bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib di Taman Duta dan tiga premis lain yang di kaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu di Pavillion Resident. Sekali lagi menurut sumber, proses rampasan barang kes yang berlaku di Pavillion Resident tidak di lakukan dengan teliti dan tidak menurut peruntukkan undang-undang. Ianya di buat tanpa pemilik premis tersebut sebagai saksi tindakan penyitaan berkenaan.

Pihak-pihak yang membuat penyitaan seharusnya memanggil bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib untuk menyaksikan proses sitaan yang berlaku di 3 unit kediaman di Pavillion Resident, yang dikatakan oleh pihak Polis, ianya ada kaitan dengan Dato Seri Najib Razak. Sedangkan Dato Seri Najib Razak boleh di bawa dari Taman Duta ke Pavillion Resident untuk menyaksikan proses sitaan itu, sebagaimana kehendak peruntukkan undang-undang AMLA 2001 (Akta 613) tetapi ianya tidak dilakukan. Soalnya kenapa?
Gambar sekadar hiasan Pavilion Residence Kuala Lumpur 

Setiap barang yang di sita hendak di perlihatkan kepada saspek (orang disyaki) bagi mengelakkan sebarang tomahan. Setiap barang yang di sita pula hendaklah di catitkan di dalam “Borang Bongkaran” dan kemudian di tanda tangani oleh pegawai serbuan serta saspek . Adakah ianya berlansung sebagaimana yang disebutkan di atas? Bagaimana Dato Seri Najib mengetahui jumlah sebenar barang yang di rampas sedangkan beliau tidak berada di situ. 

Adakah barang yang di rampas tersebut di masukkan kesemuanya ke dalam senarai barang rampasan (Borang Bongkaran)? Bagaimana pula jika terdapat barang yang “diketepikan” dengan niat untuk mengambil barang tersebut?. Sedangkan sebagaimana sedia maklum, makanan (coklat) yang di dalam peti sejuk di katakan menjadi habuan kepada pihak-pihak yang membuat serbuan dan benarkah pihak yang membuat serbuan mengarahkan pembantu rumah yang berada di situ untuk memasak sesuatu kepada mereka? Inilah akibatnya jika proses tersebut tidak dilakukan dengan teliti dan mematuhi peruntukkan undang-undang. Tomahan demi tomahan boleh dilemparkan kepada pihak PDRM.

Geliga Naga akan membongkar kejadian seterusnya pada Bahagian: 2