Tuesday 17 July 2018

SERI PERDANA TELAH “DI SAMUN DAN DI ROMPAK”



Seri Perdana

Seri Perdana adalah kediaman rasmi pemimpin tertinggi Kerajaan Malaysia iaitu Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia. Ianya merupakan lambang dan maruah Negara bagi semua acara rasmi Perdana Menteri Malaysia bagi menyambut tetamu kehormat dari luar Negara. Malahan di dalam Seri Perdana mempamirkan sebanyak mungkin budaya Melayu dan adat resam Melayu termasuklah kebudayaan kepelbagaian bangsa di dalam Negara Malaysia sebagai tatapan tetamu kehormat Negara.

Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 telah secara rasminya menukar pucuk pimpinan utama Negara. Perdana Menteri baru yang menerajui Negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad bakal mendiami Seri Perdana bagi menyambung tugas dari bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak. Dengan kata lain kediaman Utama Negara tersebut hendak dikosongkan untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri baru.

Menurut sumber yang dirahsiakan, bermula secara rasminya kekalahan kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 iaitu pada 10hb May 2018 mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak tidak dibenarkan untuk kembali ke Seri Perdana bagi tujuan mengambil barangan peribadi beliau dan keluarga sehinggalah ke hari ini.

Kerajaan baru seharusnya bersikap lebih bertolaransi dan beradab sebagaimana peralihan kuasa dan pucuk pimpinan seperti Negara-negara lain. Negara kita telah melalui enam peralihan kuasa dari Perdana Menteri lama ke Perdana Menteri baru. Sebelum-sebelum ini, ianya berlansung dengan penuh tertib, beradab, saling menghormati. Tetapi malangnya kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Perdana Menteri baru telah “terlupa” sama sekali akan adab-adab itu. Peralihan kuasa Presiden Amerika Syarikat dari Obama kepada Trump sendiri berlansung dengan penuh hormat. Tetapi malangnya kita orang timur yang penuh dengan adat resam telah menjadi seperti Negara tidak berdaulat.

Gambar hiasan Kelambu Kaabah
Sumber yang sama memaklumkan kepada Geliga Naga, terdapat barang-barang milik peribadi mantan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Razak dan keluarga yang masih tersimpan di dalam Seri Perdana. Selain barangan peribadi, terdapat juga hadiah-hadiah yang di terima oleh Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu dari pembesar-pembesar luar Negara. Antara barangan peribadi adalah pinggan mangkuk yang dibeli sendiri oleh Dato Seri Najib di Sri Langka dan barangan lain.

Karpet Sulam Tangan Gengis Khan
Gambar Hiasan


Antara barangan peribadi milik anak-anak beliau adalah karpet sulam tangan Gangis Khan, hadiah perkahwinan dan barangan lain. Manakala barangan bernilai bagi Dato Seri Najib Razak adalah kain Kaabah yang diberikan oleh Raja Salman kepada beliau serta barangan lain.




Sumber memaklumkan Seri Perdana merupakan premis larangan terhadap Dato Seri Najib dan keluarga. Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan semestinya arahan itu datangnya dari Perdana Menteri ke 7 Negara Malaysia. Dato Seri Najib secara peribadinya telah membuat permohonan rasmi untuk mengambil barangan milik peribadinya dari Seri Perdana tetapi permohonan tersebut di tolak sama sekali. Apa sebenarnya yang telah berlaku. Kerajaan Pakatan Harapan mewar-warkan bahawa mereka bersikap professional demi penambahbaikan Negara tetapi sikap mereka sendiri lansung tidak membuktikan perkara tersebut. Apa salahnya Dato Seri Najib dan ahli keluarganya memperolehi semula barangan peribadinya? Kenapa tidak diberi tempoh masa untuk membuat pemindahan barangan milik peribadi sebagaimana yang lazimnya di lakukan oleh semua pihak?

Motif  apakah yang cuba di pamirkan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir terhadap Dato Seri Najib dan keluarga? Apakah ianya bersifat dendam? Bersifat kebencian? Atau memang ada niat untuk memusnahkan dan menghapuskan “legacy Tun Razak”?

Di khabarkan bahawa Seri Perdana tidak didiami pun oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Ianya dibiarkan di dalam keadaan tidak terjaga. Sumber memaklumkan, berlakunya “samun dan rompak” di dalam Seri Perdana. Banyak barang yang hilang akibat perbuatan jenayah yang berlaku tanpa disedari oleh pihak berkuasa dan Dato Seri Najib sendiri. Siapa saspek yang terlibat? Geliga Naga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ekoran pendedahan yang di buat. Jika susah sangat untuk mengenal pasti saspek yang terlibat, tangkap lah semua pengawal keselamatan yang menjaga Seri Perdana dan tukang kebun yang ada. Pasti akan terbongkar perbuatan siapa yang melakukan “samun dan rompak” di dalam Seri Perdana.



Akhir sekali Geliga Naga perpendapat, kerajaaan Pakatan Harapan haruslah bertindak secara berperikemanusiaan terhadap Dato Seri Najib dan keluarga. Hak mereka adalah hak mereka dan hak kerajaan adalah hak kerajaan.



No comments:

Post a Comment