![]() |
Beliau sebelum itu mengangkat sumpah sebagai seorang senator, bersama tujuh orang lain, di Dewan Negara.
Tetapi hari kedua persidangan
Parlimen mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Mohd Ali
Hamsa apabila memuat naik foto majlis angkat sumpah senator menerusi laman
Twitter miliknya.
Namun, foto berkenaan menimbulkan
persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri.
| Tweet Ali Hamsa yang menimbulkan persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri. |
Selepas netizen berteka-teki dan
memberi komen, akhirnya pegawai media KSN tampil mengeluarkan kenyataan ringkas
berhubung perkara itu.
Terjawab persoalan netizen
apabila disahkan individu tersebut adalah tetamu kepada Waytha yang dilantik
sebagai senator dan hadir untuk menyaksikan majlis angkat sumpah.
Ia sekaligus menghapuskan
tanggapan netizen yang menyangka ia merupakan entiti misteri yang secara tidak
sengaja dirakam menerusi foto berkenaan.
![]() |
| 'Kelibat misteri' (kiri) yang menimbulkan persoalan netizen bersama Waytha |
Netizen tidak dapat disalahkan
atas pra-sangka ini kerana terdapat ‘Decorum dan Protokol’ yang sepatutnya
dipatuhi jika hendak hadir ke Parlimen.
Malah, pakaian dan tampilan kemas
adalah salah satunya protocol yang harus dipatuhi untuk hadir ke Parlimen.
Bagaimana ianya terlepas pandang daripada
pihak keselamatan dan pengurusan Parlimen?
Adakah ‘Decorum dan Protokol’
tidak lagi di praktikkan oleh kerajaan Pakatan Harapan? Atau, ianya
disengajakan? Lebih-lebih lagi lelaki misteri ini ialah tetamu kepada Menteri
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Bukankah Waytha harus peka dengan
Perlembangan Berparlimen?
Siapakah Waytha ini sebenarnya? Mari
kita lihat sedikit latar belakang beliau.
Nama Waytha tidak asing lagi
kepada rakyat Malaysia secara umum kerana beliau merupakan salah seorang daripada 6 orang peguam yang bertanggungjawab
menganjurkan demonstrasi secara
besar-besaran pada 25 November, 2007 dimana berpuluhan ribu kaum India turun merusuh ke
jalanraya menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pemerintah pada
masa itu, iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN).
![]() |
| Rusuhan Hindraf pada 25 November, 2007 |
Perdana Menteri ketika itu ialah
Tun Ahmad Abdullah Badawi.
Selepas demonstrasi tersebut 5
orang peguam telah ditangkap di bawah akta ISA termasuk abang beliau P.
Uthayakumar pada 13 Disember, 2007.
Waytha bagaimanapun sempat
melarikan diri ke London dan mendapat perlindungan politik atau ‘Political Asylum’
dari kerajaan British.
Hindraf diistyiharkan sebagai
pertubuhan haram di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) oleh
Menteri dalam Negeri pada masa itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata perintah itu
dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan
tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga ianya diharamkan.
Hasil siasatan mendapati
pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh
memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan
nilai-nilai moral di Malaysia.
Syed Hamid berkata sekiranya tidak
dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam,
keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang
kaum.
Pertubuhan tersebut yang di
pimpin oleh Waytha, telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa
perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu
perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan
India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu
dan India di negara ini.
Semasa berada di London, Waytha
juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan
kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka.
Kegiatan dan aktiviti Waytha
telah memberi kesan buruk pada imej Negara.
Waytha yang kemudiannya kembali
ke Malaysia pada 1 ogos, 2012 mengambil pendirian untuk beralih angin dengan
menyokong BN pada PRU13 pimpinan Dato Seri Najib Razak.
Setelah BN menang PRU 13, Najib
telah melantik beliau sebagai senator dan memberinya jawatan timbalan menteri
di Jabatan Perdana Menteri.
Tetapi, selepas Sembilan bulan,
Waytha meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri pada 10 February,
2014 dan menuduh Najib kononnya beliau tidak berhasrat untuk membantu menaik
taraf kehidupan kaum India di Malaysia.
Tuduhan ini memang tidak berasas
kerana fakta membuktikan Najib islah satu-satunya perdana menteri yang banyak
membantu kaum India.
Selepas perletakan jawatan,
Waytha mula menyuarakan isu-isu membabitkan perkauman.
Antaranya ialah isu pendakwah
bebas Islam Dr Zakir Naik.
![]() |
| Pendakwah bebas Dr Zakir Naik |
Malah, Waytha yang mengetuai 18
yang lain untuk memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi
pendakwah tersebut.
Tindakkan Waytha jelas
menunjukkan beliau mencabar penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam
malah, agama rasmi Malaysia juga adalah agama islam.
Tidakkah tindakan ini akan
menggugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama?
Bukan itu saja, Waytha juga telah
mewakili beberapa kes penukaran agama (murtad) tetapi semuanya telah gagal.
Berbalik kepada perlantikkan
beliau yang dicadang Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah rancangan Mahathir
sebenarnya?
Tidakkah Mahathir sebagai seorang
yang berpengalaman harus tahu dan faham dengan keadaan semasa serta kehendak
rakyat yang majoritinya yang beragama Islam?
Harap Mahathir sedar dengan apa
yang sedang berlaku sekarang.



