Melihat kepada perkembangan
semasa melalui arus pemerintahan kerajaan baru iaitu Kerajaan Pakatan Harapan,
kebajikan rakyat nampaknya bukanlah menjadi keutamaan. Keutamaan mereka adalah
mencari kesalahan dan menunding jari kepada pihak lain. Tujuannya adalah untuk
mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan mereka mentadbir urus Negara ini
dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Mereka terbukti gagal untuk memenuhi
janji 100 Hari Manifesto Pakatan Harapan yang akan tamat tempoh 100 hari pada
18hb Ogos 2018 ini.
Kemelut ekonomi berlansung secara
berterusan. Puluhan billion Ringgit di bawa keluar oleh para pelabur akibat
ketidakyakinan terhadap pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad mentadbir
urus ekonomi Negara. Kegagalan di dalam memperbaharui rundingan perniagaan
dengan China menerusi agen kerajaan iaitu Tun Daim menambahkan lagi kekalutan
ekonomi.
Terkini bangsa Melayu pula akan
menjadi mangsa seterusnya. Puluhan ribu bangsa Melayu akan di isytihar muflis
dalam tempoh enam bulan dari sekarang. Kenapa? Geliga Naga di maklumkan bahawa
ratusan ribu pekerja bertaraf kontrak yang bertugas di Jabatan Kerajaan, GLC
Kerajaan telahpun ditamatkan kontrak. Dengan kata lain mangsa-mangsa ini diberhentikan
kerja. Tindakan memberhentikan kerja bukan setakat pekerja bertaraf kontrak
sahaja tetapi ianya juga melibatkan semua jawatan lantikan politik termasuklah
Duta-duta Malaysia di luar Negara.
Kumpulan-kumpulan yang disebutkan
di atas ada membuat pinjaman kewangan dari institusi perbankkan melalui
pinjaman kenderaan, kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan
sebagainya. Bagaimana mereka mampu untuk membuat bayaran semula sedangkan
mereka kini tidak mempunyai pendapatan ekoran penamatan kontrak pekerjaan.
Maknanya mereka akan menghadapi tindakan mahkamah menerusi bank-bank berkenaan
dan akhirnya mereka akan diisytiharkan muflis.

Selain dari mangsa-mangsa di
atas, para petani yang membuat pinjaman menerusi institusi kewangan turut
menghadapi risiko yang sama. Mereka membuat pinjaman untuk menjalankan
pertanian tanaman semula sawit, ladang durian, program pertanian burung walit
dan program-program pertanian yang lain, yang melibatkan pinjaman kewangan.
Kesemua modul pertanian yang disebutkan di atas kini tidak mempunyai nilai
pasaran. Oleh yang demikian pembayaran pinjaman gagal dibuat. Di jangkakan
kumpulan ini akan menghadapi tindakan mahkamah ekoran dari kegagalan pembayaran
ansuran pinjaman pada Disember 2018 atau Januari 2019. Maka bertambahlah jumlah
bangsa Melayu yang akan diisytihar muflis.

Kesemua golongan yang disebutkan
di atas adalah bangsa Melayu. Jika kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh
Tun Dr Mahathir peka dan prihatin pastinya semua ini tidak berlaku. Bangsa
Melayu menjadi mangsa sekali lagi. Bukan setakat ditipu di dalam janji
Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan tetapi keadaannya lebih parah dengan
penambahan jumlah individu yang akan di isytiharkan muflis pada akhir 2018 atau
awal 2019. Soalnya apakah “harapan” yang boleh diharapkan oleh rakyat terhadap
kerajaan Pakatan Harapan terutamanya menentukan masa depan bangsa Melayu di
Negara ini.